13 May 2010

Terima Kasih Zul Nordin atas keprihatinan anda



Moga Allah mengampun dosa Zul Nordin. Kali ini beliau 'menyalak' lagi, kononnya bersedih kerana PAS bersekongkol dengan DAP mengenai isu Kalimah Allah.

Zulkifli Nordin yang sebelum ini melompat keluar PKR dan kini menjadi Bebas. Kemudian dilihat berbaik-baik dengan UMNO-BN mengenai penglibatannya dalam isu bunuh Al-Tantunya.

Tak perlulah anda nak bersedih, PAS pun tak minta anda bersedih di atas PAS.

Anda tak sedar yang anda bersekongkol dengan BN-UMNO yang meng HALAL kan Judi, kenapa anda tak 'menyalak'..? Sekurang-kurangnya DAP yang bukan muslim itu membantah Judi..

Kalau anda nak kata ianya pun sebab politik juga, anda silap..sebab ini soal Hukum. Hukum dalam agama Islam yang terang-terang mengHARAMkan Judi. Bahkan dalam agama lain pun mengHARAMkannya juga, cuma 'ajaran agama' yang di bawa oleh BN-UMNO sahaja yang mengHALALkan..as long ada Lesen..

Sekarang anda duduk di atas tiket parti Bebas, duduknya anda di situ adalah bermula dengan kemenangan anda dalam PKR, dimana parti yang rakyat pilih..jika anda rasa tak bersalah, lebih baiklah anda diam sahaja..

Walaubagaimanapun, terima kasih atas keperihatinan beliau terhadap PAS..hanya beliau sahaja yang prihatin, mungkin beliau sahaja manusia paling baik, budiman, penyanyang, prihatin, alim di muka bumi ini..

Wallahualam

No comments: