27 April 2010

Polis oh Polis..


Aminulrasyid Amzah


Saya masih berfikir-fikir apakah polis Malaysia hari ini benar-benar menjaga keselamatan orang awam atau mungkin sebagai ancaman.

Saya juga masih lagi berfikir-fikir apakah bentuk perlindungan bagi polis andai ada ancaman terhadap mereka selain melepaskan tembakan.

Kes remaja (foto)ol yang di tembak kelmarin menjadi isu. Mungkin ada orang beranggapan tindakan polis tersebut betul, kerana untuk mempertahankan diri atau mungkin remaja itu silap, cuba menyerang polis. 

Walaubagaimanapun saya beranggapan, tindakan YB Khalid Nordin yang menggesa siasatan kes tersebut dilakukan amat baik. Walaupun polis membuat kenyataan bahawa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan melalui media.

Saya juga pelik bagaimana remaja berumur 15 tahun memiliki senjata (parang). Jika ada sekalipun dalam kereta mangsa, bukannya mangsa nak menetak polis, sedangkan keyataan polis mengatakan mangsa masih berada di dalam kenderaan dan di tembak di dalam kenderaan juga.

Mungkin mangsa dalam keadaan gelabah (cuak), jadi tindakannya itu di anggap suatu serangan kepada pihak polis apabila mangsa mengundurkan kereta kearah polis.

Entahlah, macam tak logik je. Macam tak ada solution lain nak selamatkan diri selain tembak.

Wallahualam..Anda semua boleh menilai sendiri..bagi saya kes-kes yang melibatkan 'jenayah' polis sebelum ini membuatkan saya kurang percaya dengan polis. Sebelum ini juga polis pernah menembak dan memukul orang awam yang tidak melakukan jenayah, sepertimana kes Norizan yang di tembak dan dipukul tanpa belas kasihan dan kes Kugan yang di percayai di bunuh di dalam tahanan. Itu belum cerita lagi tentang polis 'Siput Babi' yang menembak orang awam, sepertimana di Terengganu dahulu.

Fikir-fikirkanlah untuk keselamatan anda suatu hari nanti..

 p/s: FRU juga kategori polis...

No comments: