Bersandarkan kepada sejarah Islam dalam dunia Melayu, apabila Inggeris menguasai Tanah Melayu, agama Islam diiktiraf sebagai agama negara yang dimaktubkan dalam perlembagaan Negara tanpa meletakkan apa-apa bantahan oleh kuasa penakluk itu ketika pengisytiharan kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957.
Lantaran kejahilan dalam gelombang politik antarabangsa di samping kegairahan pemimpin yang dianggap jaguh rakyat itu yang membawa pulang sekalung kemerdekaan tanpa disedari kita telah dialpakan oleh tipu daya penjajah Inggeris. Adalah sesuatu yang amat janggal apabila Islam diterimahanya sekadar upacara dan amalan dalam urusan peribadi, tetapi dipinggirkan perlembagaan yangmenjadi nadi kekuatan pada Islam.
Itulah antara sebab mengapa UMNO dipilih oleh Inggeris untuk diserahkan kemerdekaan kerana UMNO ketika itu bukanlah sebuah pertubuhan yang berasaskan perjuangan Islam maka kepentingan dan hak bangsa sahaja dianggap menjadi pioriti bukannya Islam.
Kelemahan para pemimpin UMNO akhirnya terperangkap dengan menerima perlembagaan yang ditulis penjajah Inggeris yang hanya memperkatakan Islam sebagai agama Negara tetapi undang-undang dan sistem yang ada pada Islam tidak dijadikan sebagai sebahagian dari perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Sebahagian besar dari undang-undang negara sekarang yang diguna pakai oleh kerajaan BN untuk mentadbir negara ini adalah berpaksikan undang-undang penjajah Inggeris. Sejarah kemerdekaan banyak negara di dunia ini menggunakan formula yang sama sebagaimana digunakan dalam kemerdekaan Tanah Melayu.
Penjajah akan memberikan kemerdekaan kepada golongan yang pro kepada mereka dan bukan kepada penentang Penjajah. Walhal penentang penjajah inilah sebenarnyamerupakan wira-wira pejuang yang sanggup mempertahankan negara dan hak mereka tanpamembuka selangkah ruang untuk dikuasai oleh penjajah
Dalam hubungan ini PAS adalah parti politik yang berteraskan perjuangan Islam dan orang Melayu yang menjadi musuh ketat kepada penjajah Inggeris di Tanah Melayu pada ketika itu. PAS sentiasa merancang dan melaksana pelbagai gerakan sama ada gerakan dakwah maupun perang saraf untuk menghalau penjajah dari bertapak di sini. Gerakan-gerakan penentangan yang dipelopori oleh guru-guru sekolah agama rakyat menjadi tunjang kebangkitan orang Melayu menentang penjajahan Inggeris. Inilah antara penyebab mengapa Inggeris terlalu marah kepada gerakan dan pertubuhan Islam.
Parti Islam ini menjadi penentang kuat kepada perlaksanaan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dibuat Inggeris, Perlembangaan Persekutuan Inggeris yang langsung tidak membuka ruang kepada perlembagaan yang berteraskan hukum Islam dianggap satu penghinaan yang besar kepada orang Melayu dan agama Islam. PAS ketika itu menganggap kemerdekaan Tanah Melayu adalah separuh masak.
Oleh sebab itu Inggeris menyedari bahawa UMNO dapat meneruskan misi Inggeris di negara ini disamping dapat membendung kebangkitan Islam yang dipelopori PAS. Penggunaan sebahagian besar perlembagaan British oleh Malaysia selepas 50 tahun merdeka serta menolak perundangan Islam secara menyeluruh adalah bukti sebenar UMNO bukanlah berjuang untuk kepentingan Islam.
Selepas merdeka UMNO meneruskan kesinambungan Penjajah Inggeris melenyapkan sejarah Islam dikalangan orang Melayu. Contohnya UMNO terlibat dalam usaha melenyapkan tulisan jawi yang merupakan bahasa perantaraan Al-Quran dalam sistem pendidikan negara suatu ketika dahulu. Mereka yang tidak dapat menguasai tulisan jawi akan jahil seumur hidup terhadap kitab suci orang Islam atau orang Melayu itu. Pelbagai lagi tanggungjawab yang diberikan kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk membawa misi mengembalikan Islam kepada orang Melayu gagal dilaksanakan.
Tapi UMNO masih tak sedar diri, Dulu Kini dan Selamanya..Hidup Melayu!!!
Wallahualam