Kerajaan Barisan Nasional semakin rakus dengan sikap ingin terus berkuasa. Mereka masih beranggapan mereka adalah parti yang memerintah, padahal mereka tidak sedar bahawa tempoh mereka telah hampir luput, stamina mereka telah berkurang dan terus berkurang. Hari ini cabaran kerajaan Malaysia di bawah pemimpin-pemimpin BN lebih mahu menyelamatkan parti dari menyelamatkan negara. Sebab itu hari ini, kerajaan Malaysia yang di terajui Barisan Nasional terlalu banyak kepincangan. Kedurjanaan dan kerakusan kerajaan BN dengan sikap ingin berkuasa terus menerus melakukan pelbagai penyelewengan, korupsi dan huru-hara.
Apa yang membimbangkan adalah dari sudut sosial dan agama yang semakin di jauhkan. Sekularisme yang mendarah daging semenjak merdeka telah membusuk, berulat sehingga kesannya telah tampak hari ini. Inilah yang memberi tanda bahaya kepada negara kerana didikan ajaran sekularisme dengan ajaran agama yang di tolak begitu sombong oleh kerajaan Malaysia di bawah BN. Walaupun ada penyelesaiannya yang cuba di lakukan, tetapi penyelesaian demi penyelesaian itu hanyalah berkepentingan dengan tiada keihlasan.
Sebagai contoh, pendidikan seks yang bakal di ajar nanti bagi menangani masalah sosial dan akhlak seperti buang bayi. Yang mana ini adalah cadangan untuk kesekian kali selepas penubuhan sekolah hamil, pemberian kondom, menubuhkan rumah bayi yang di buang dan lain-lain.
Ia menjadi bukti kerajaan Malaysia di bawah BN terlalu sombong dan bodoh untuk menerima pakai sistem pendidikan Islam yang acap kali di cadangkan. Penyelesaiannya hanya berkisar soal untuk mudah, cepat, dan singkat. Ianya tak lain tak bukan pasti membabitkan pengorbanan tenaga, masa dan yang paling utama wang ringgit..wang ringgit dari poket rakyat.
Itulah BN atau bahasa mudahnya di kenali dengan UMNO yang Melayunya lebih Melayu dari orang Melayu dan Islamnya lebih Islam dari orang Islam.
Apakah kita tidak melihat bagaimana kebiadaban pemimpin BN/UMNO ini terhadapa ajaran Islam, bagaimana Islam di label sendiri dengan pelbagai jenama. Islam yang di praktikkan oleh mereka-mereka yang bukan ahli sehingga ada yang menghina hukum, syariat dan ulama'-ulama' yang ikhlas membawa Islam.
Mungkin saya boleh beri contoh, bagaimana penghinaan pemimpin UMNO/BN terhadap hukum hudud, pengzahiran yang salah tetang Islam dalam busana Muslim oleh isteri menteri, penghinaan dan fitnah terhadap ulama'-ulama' gerakan Islam melalui media, gambaran di dalam drama dan rencana yang di kaitankan dengan Islam seperti kemiskinan, jumud, konservatif dll. Paling malang kepada mereka yang menjadi syaitan bisu..menjadi bisu di depan pemimpin sekular mereka.
Atas dasar itu PAS bangkit menentang. Kerana menentang tak bererti melawan, menentang tak bererti menghukum, tetapi menegur dan menasihat, seperti mana yang telah di katakan oleh Hasan al-Hudaibi," Kita adalah para Daie, bukannya hakim yang menjatuhkan hukuman". Atas sebab itu PAS bukan sekadar parti, tetapi suatu gerakan Islam yang bukan suatu fahaman seperti mana UMNO dengan fahaman kebangsaan, tetapi sebagai suatu cara hidup...cara hidup Islam.
Sifirnya mudah, andai kerajaan BN/UMNO menerima Islam, dalam erti kata mengubah dasar dan perlaksanaan kepada Islam. Nescaya tidak akan ada yang menentang, bahkan sanggup bekerja sama. Dan yang paling penting, segala permasalahan terutamanya masalah sosial dan akhlak pasti dapat di selesaikan dengan mudah kerana dalam Islam penyelesai segala masalah..soalnya yakin atau tidak sahaja.
Allahuta'ala 'alam
No comments:
Post a Comment