Sebelum ini UMNO telah mengistiharkan negara Malaysia sebagai negara Islam pada 29 September 2001. Mereka telah mendakwa inilah Islam Hadhari yang mereka anuti..pada ketika itu. Iaitu Islam yang di hadirkan kemudian.
Mungkin atas sebab itu UMNO berani mengatakan mereka bukan sahaja pejuang Melayu, tetapi juga pejuang Islam. Bahkan menyalahkan PAS yang sendiri menyelewengkan Islam. Seperti yang galak di mainkan akhir-akhir ini apabila Pakatan Rakatan rakyat bersatu bersama DAP. Sikit-sikit isu PAS menjual Islam, DAP pula di tuduh ekstrim Islam.
Inilah sebenarnya taktik UMNO..iaitu taktik "Keliru dan Kawal"..
Mengelirukan rakyat khususnya dengan polemik agama atau Islam, dengan ideologi Islam yang mereka bawa. Ideologi Islam untuk Melayu sahaja..ideologi Islam Hadhari (Islam yang bersandar kepada kemajuan, bukan kemajuan yang bersandar kepada Islam), momokan Negara Islam oleh PAS kepada orang bukan Islam di Malaysia, Tuhan Samseng, Hukum Hudud, Kalimah Allah, dan lain-lain. Selain kekeliruan istilah yang mereka lakukan seperti rasuah dan salah guna kuasa, hukum hudud dan potong tangan, zina dan sumbang mahram dll..Hairannya, Ulama' UMNO juga tenggelam dengan kekeliruan yang di mainkan pemimpin mereka.
Taktik kawal atau sekat, iaitu dengan pelbagai akta dan sekatan, ISA, OSA, AUKU, Akta Mesin Cetak, selain sekatan media, kongkongan dari Pembangkang membuat penjelasan. Lebih hodoh lagi bila penjelasan itu pula di selewengkan. Realitinya apa yang kita lihat hari ini. Pihak media milik UMNO terpaksa bersaing bersama media alternatif menawan isu, sehingga bukan isu pun di jadikan isu..isu yang layak ditong sampahkan.
Dua taktik ini adalah resepi UMNO. Mereka mahu rakyat bersama mereka di dalam kekeliruan asbab kejahilan diri. Tetapi bila rakyat cerdik, mereka akan guna taktik 'kawal' untuk memberi tahu mereka berkuasa.
Dan dengan kuasa itulah UMNO menunjukkan mereka 'pejuang' Islam dengan menutup surau, merobohkan masjid, menghalang ceramah agama dan kuliah-kuliah, mengawal dan menafikan sekolah agama, melucutkan ahli jawatan kuasa masjid dan surau dan sebagainya.
Inilah tindakan kuku besi, drakonian dan autokratik yang hampir sama dengan trend tinndakan komunis dan yahudi. Inilah proses pembodohan kepada rakyat oleh UMNO yang mereka kata mereka itu pejuang Melayu Islam, di saat mereka mengatakan negara ini sebuah negara Islam. Dan inilah jenayah besar dan mengaibkan kepada agama oleh UMNO.
Sebab itu bila orang kata musuh no.1 negara apa?..jawabnya Dadah. Padahal syirik yang di lakukan UMNO itu lebih bahaya kepada negara. UMNO lah yang mengelapkan sejarah kemerdekaan dengan menghilangkan peranan ulama dan pejuang agama yang juga berperanan menghalau penjajah seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi dan lain-lain. Hari ini muka surat sejarah hanya gambar muka pemimpin UMNO sahaja yang di lihat memperjuangkan negara dan agama.(walaupun tak di nafikan sumbangan mereka). tetapi biarlah adil.
Hari ini terbukti di mana peranan Ulama'..terutamanya golongan Ilmuan agama yang bekerja di bawah UMNO. PM Negara yang setiap tahun 'sembah' tugu negara tidak di tegur. Yang keluar lesen judi, arak dan maksiat buat-buat tak nampak. Yang terang-terang hina hukum Allah, hina Nabi tidak di tegur..bila di tanya mengapa, katanya biar cara 'hikmah'..diam-diam jangan mengaibkan pemimpin. Peliknya, bila puak Pembangkang buat, cepat pula menegur walaupun mereka dapat berita dari membaca Utusan Malaysia atau melihat TV1 dan TV3.
Inilah fitnah yang berlaku..fitnah buat umat Islam yang dilakukan oleh UMNO. Umat Islam tercari cari yang mana sebenarnya acuan Islam khususnya melalui pendekatan politik. Walaupun ada golongan yang tolak terus politik asbab kekotoran yang ada padanya, walhal ianya di kotorkan oleh politikus yang tak bertamadun seperti UMNO. Tetapi bagi mereka yang mahu mengambil keseluruhannya Islam, politik tidak harus di tinggalkan. Usaha berterusan harus dilakukan bagi menjernihkan politik agar ianya menjadi siasah, yang berladaskan Al-Quran dan Sunnah...sememangya ia suatu proses yang panjang. Keledak yang di tinggalkan UMNO selama 50 tahun lebih sangat sukar di tanggalkan.
p/s: slogan UMNO dulu kini dan selamanya pun dah nampak ke'syirik'anya...
No comments:
Post a Comment