Ulama UMNO: Tak Wajar Ungkit Isu Memali (sumber)
Komentar: Saya tak menyalahkan ulama' UMNO, mungkin itu pandangan mereka..cuma mungkin juga di harapkan ulama UMNO ini mampu menentukan kewajaran memperingati pahlawan yang terkorban di Hari Pahlawan yang di sambut setiap tahun. Mungkin fokus kepada kewajaran cara sambutan yang di lakukan..apakah wajar atau tidak?
Andai mereka mengatakan ketidak wajaran menyambut Hari Memali atas dasar Sahabat nabi lain tidak pernah menyambut hari kewafatan Nabi dan Khalifah Islam dahulu, dan ketidak wajaran menyambut Hari Memali atas dasar tidak mahu menyamakannya dengan kaum lain yang menyambut hari kematian atau kewafatan pemimpin-pemimpin mereka seperti gol.Syiah atau masyarakat Jahilyyah dahulu dengan melakukan pelbagai bentuk ritual dan sambutan yang tidak sepatutnya. Maka mungkin mereka juga boleh mempertikaikan bentuk sambutan menyambut Hari Pahlawan yang sambutannya juga tidak sepatutnya yang di ajar dalam Islam
Memperingati Peristiwa Memali sekadar memberitahu tentang sejarah yang semakin di lupakan. Sejarah ini bukan sekadar berhubung kait dengan soal keadilan, tetapi soal agama, soal demokrasi yang di cabul, soal penyalahgunaan kuasa dan akta, buka soal politik semata-mata.
Adakah ianya tidak wajar di kenang?..rasanya tiada sambutan melampau yang dilakukan selain memberi sumbangan kepada waris memali yang masih ada. Adakah mereka mahu menyamakan sambutan memperingati Memali dengan sambutan puak syiah dan kaum Jahiliyyah yang mengoyakkan baju, memukul badan, menjerit sana sini dll..? Atau mungkin mereka boleh persoalkan sambutan mmeletakkan bunga di Tugu Negara sempena hari Pahlawan setiap tahu..saya rasa Ulam UMNO tahu sangat hukumnya..
Peristiwa ini semakin di mamah usia dek sejarah yang di padamkan oleh pihak peemrintah. Kerana peristiwa ini akan membuka aib pihak pemerintah ketika dahulu. Andai ia diingati dan terus diingati, maka rakyat akan tahu sebenar kisahnya..anak-anak yang tidak lahir ketika itu juga akan mengenang peristiwa yang tidak beri kemanusiaan itu. Namun andai ia luput dan terus luput..ia bukan sekadar memadamkan plot cerita kisah tersebut, tetapi memadamkan juga kezaliman yang di lakukan pemerintah pada waktu itu...yang sehingga hari ini ia masih tetap di teruskan...
Wallahualam
1 comment:
wajar..wajar..
kalo boleh, masuk buku sejarah..
Post a Comment