Tahniah buat BN yang menang double di Galas dan Batu Sapi. Adat perjuangan ada kalah dan ada menang. Walaupun kekalahan PR itu bukanlah bererti tewas, cuma masih belum menang. Kita masih belum mengangkat bendera putih, jadi tiada istilah tewas. Perjuangan akan tetap di teruskan.
Kekalahan bukan musuh bagi kita, tetapi ia suatu nikmat yang kadang-kadang kita lupa tanpanya membuat kita selesa di hampar karpet kemenangan, tanpanya juga kadang-kadang kita bangga dan lupa hakikat kemenangan itu datang dari Allah. Malah ada yang terus mengisi kemenangan dengan bermaksiat tanpa sedar bahawa dengan sekelip mata Allah akan tarik balik anugerah itu. Maka dengan kekalahan kita bermuhasabah, kata moden sekarang, kita check n balance, mana kurang mana silap.
Tidak di nafikan, dunia politik sekarang masih belum lurus, terutamanya politik Malaysia. Politik baru yang perlu dan masih kurang dari sudut implimentasi, walaupun di atas kertasnya begitu retorik. Peliknya, yang menjadikannya ia bengkok itu datangnya dari mereka yang sendiri gubal. Soal ketelusan masih di laung-laungkan oleh sebahagian pihak. Silapnya masih di siasat walaupun tandanya sudah jelas dengan bukti fakta yang telah banyak di korek keluar.
Politik Malaysia masih belum berada di padang dan track yang sepatutnya. Jelas terlalu berat sebelah apabila serangan hanya di pihak tertentu, pihak yang satu lagi pula suci, qudus dan 'maksum' dari silap. Mereka lupa bahawa serangan 'bias' itu akan berbalik kepada batang hidung mereka sendiri. Analogi apabila hari-hari kita di sajikan dengan makanan yang sama, maka akan sampai suatu masa, kita akan berasa bosan dengan makanan tersebut dan beralih kepada makanan yang lain.
Inilah cabaran buat para pendokong kebenaran, perlawanan bukan sahaja kepada batang tubuh musuh, tetapi keadaan sekeliling yang menjadi penghalang. Ketika inilah perlunya gerak kerja amal jamai'e, menjadi bantuan di setiap sisi dan sudut. Ia juga sebagai signal bahawa perjuangan kita masih jauh, terlalu banyak gerak kerja, usaha dan pengorbanan yang masih belum di curahkan.
Bagi pendokong Islam, perjuangan adalah suatu keyakinan dan kehidupan yang dilakukan bersungguh-sungguh untuk masa akan datang. Iaitu suatu masa di mana tertegaknya Daulah Islam yang menjadi cita-cita jauh dan besar kita.
Jika kita bekerja untuk setahun akan datang, cukuplah dengan menanam padi. Jika kita bekerja untuk sepuluh tahun akan datang, maka cukuplah dengan kita menanam pohon-pohon. Tetapi andai kita bekerja untuk 100 tahun akan datang, maka kita akan lihat hutan-hutan yang menjadi impian kita kelak.
Wallahualam.
"KALAU YANG KAMU SERUKAN KEPADA MEREKA ITU KEUNTUNGAN YANG MUDAH DIPEROLEH DAN PERJALANAN YANG SEDERHANA JAUHNYA PASTILAH MEREKA MENGIKUTI KAMU TETAPI TEMPAT YANG DITUJU ITU AMAT JAUH TERASA OLEH MEREKA" At-Taubah 42
1 comment:
Alhamdulillah,,moga kekalahan ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya tidak sombong dengan secangkir kejayaan yang lalu.. kita sebenarnya sudah hampir tetapi sindrome terkejut sebab menang besar (pru12) dan kebanyakan ahli masih berjiwa kecil yang berbangga dengan kejayaan kecil yg kita capai dulu..
Post a Comment