Malam Jumaat, sinonim dengan bacaan yasin (sama sinonimnya dengan Hantu). Terutamanya buat orang-orang Melayu. Di kampung-kampung malah di bandar dan taman, turut meriah malamnya di hampar alunan bacaan ayat suci Al-Quran. Selain menjadi aktiviti tetap membaca yasin, upacara menadah sebalang atau sebotol air juga menjadi kebiasaan orang melayu Islam. Macam biasa, untuk ambil berkat air yang di tiupkan ke dalamnya mutiara hikmah ayat Al-Quran. Katanya, boleh tenangkan hati, boleh terangkan fikiran, boleh istiqamah dengan amalan...dan yang paling best, untung-untung boleh lulus UPSR, PMR, SPM, straight A's untuk anak-anak. Alhamdulillah.
Andai seminggu sekali...1 liter (sebotol) air yasin, 1 bulan 4 minggu, sudah 4 liter, 1 tahun 48 minggu, sudah 48 liter..kalau lah 60 tahun konsisten meneguk seliter air yasin setiap minggu, maka untuk 60 tahun hidup sudah 2880 liter. Agak-agaknya berapa tinggi maqam orang itu mendapat berkat hasil tegukan kosistensi air yasin itu..
Persoalannya orang UMNO orang PAS pun melakukan 'ritual' ini...
Mungkin jawapannya kita boleh tengok hari ini..beza orang UMNO dan orang PAS..atau kita jangan sebut tentang orang, kita sebut tentang batang tubuh UMNO dan PAS itu sendiri, sebab dari orang jugalah lahir fahaman tersebut.
Sekadar berfikir..
p/s: jangan ragu-ragu dengan air yasin...tapi ragu-ragulah dengan orang yang meneguknya..
No comments:
Post a Comment