Video kekalutan pihak polis yang ingin menghalang himpunan bantah roboh PASTI dan Surau di Bukit Katil
Di anggarkan lebih kurang 80 orang pihak polis dan FRU telah hadir menjadi penghalang selain penonton kepada Himpunan Aman membantah PASTI dan surau di Bukit Katil yang bakal di robohkan oleh kerajaan zalim Ali Rustam. Suasana ini bukanlah baru, telah menjadi kebiasaan di mana-mana tempat di Malaysia, terutamnya di sebuah negeri yang di perintah oleh BN apabila kerjaan yang memerintah berlaku zalim, maka rakyat akan bangkit membantah.
Realiti di Melaka, hampir sama, cuma mungkin bezanya Melaka di 'anugerah'kan seorang ketua menteri yang boleh berfikir 'di luar kotak', sekolah harapan menjadi bukti idea bernas beliau selain idea membuat sebatang jalan yang mengorbankan sebuah PASTI dan Surau milik penduduk kampung di situ.
Inilah bezanya, KM Melaka, Ali Rustam. Yang menjadi sanjungan puak-puak BN yang begitu taksub dengan kelebihan Ali Rustam ini sehinggakan kebanyakan bandar-bandar melaka yang banjir apabila hujan pun di iktiraf sebuah negeri Maju. Bahkan lapangan terbang 'Antarabangsa' yang sunyi dari kapal terbang pun masih di kira kayu ukur sebuah negeri Maju. Itu belum di kira dengan roda Eye on Malaysia yang di sita, selain kincir angin yang tak berputar, bahkan Aerorail yang bergerak setakat beberapa minit sebelum berhenti rosak pun di anggap suatu kebangaan negeri Maju. Rupa-rupanya OECD sendiri tak iktiraf Melaka negeri Maju..buat malu je..
Ali Rustam sebenarnya seorang yang berani. Dia mampu berdebat dengan Lim Kit Siang dari jarak beratus-rastus kilometer sehingga di saman, namun apabila di minta berdebat dengan pimpinan PR Melaka berkenaan isu sekolah Harapan dan PASTI dan surau yang akan di robohkan. Diam umpama monyet yang di suap setandan pisang. Inilah kredibiliti seorang Ketua Menteri yang bertaraf JKKK. Hebatnya Ali Rustam mampu berdebat di pentas ceramah UMNO yang jaraknya 500 meter dari caramah PR. Di dalam Dewan Rakyat, tak perlu di persoalkan lagi, kelantangan Ali Rustam berdebat secara ilmiah dengan mengemukakan dalil Al-Quran dan Hadis di hadapan YB-YB DAP yang sepatah haram tak faham. Sesungguhnya beliaulah pejuang agama sejati..
Demonstrasi hari ini menjadi bukti kerajaan Ali Rustam semakin tenat. Dengan mengerah seramai mungkin polis dan FRU, cuba menangkap beberapa orang pimpinan PR dan beberapa orang awam. Dengan berbuat demikian, Ali Rustam tahu kebangkitan rakyat akan turut padam Dengan mengerah seramai mungkin polis dan FRU, pergunakan semaksimum mungkin jabatan kerajaan di bawah kawalan beliau, menggugut petugas-petugas pembangkang yang bekerja di sektor kerajaan selain menyalahgunakan undang-undang dan akta, Ali Rustam dengan 'Kasyaf'nya beranggapan perjuangan rakyat akan luntur..rakyat akan takut dan menjadi mandul. Inilah fahaman 'syirik' kerajaan Ali Rustam..
Ingat, kerajaan Melaka tidak akan kekal sampai hari kiamat, ALi Rustam jangan mendabik dada..tindakan meroboh surau dan PASTI menjadi petanda seperti mana kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Khir Toyo dahulu yang pernah meroboh masjid di Bandar Baru Bangi, menutup surau di Shah Alam dan meroboh surau di Kg Berembang. Hari ini kerajaan BN Selangor....dah jadi Pembangkang pun.
Rakyat pasti akan menghukum kerajaan BN di pilihan raya umum 13 nanti..yakinlah..
1 comment:
kalau dah lawan hukum Allah S.W.T pun berani, ini kan pulah sesama manusia... tak lama lagi tu...
Post a Comment