30 April 2011
Politik Lucah, ini akan jadi pada anak bangsa...
29 April 2011
Kesilapan dalam Sumpah Laknat Eskay
28 April 2011
[Video] Sheikh Sudais di serang oleh ''pengikut'' Ust.Zamihan di Mekah
Seruan rakyat Iraq kepada umat Islam tentang Kejahatan Syiah. Live on TV
27 April 2011
Hina as-Sudais: Fan Page Facebook "Kami Mahu Zamihan Diambil Tindakan.."
Sebagaimana yang disiarkan oleh The Malaysian Insider, Ustaz Zamihan seorang pegawai JAKIM telah mengecam Syeikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais Imam Besar Masjidil Haram yang baru-baru ini datang berkunjung Malaysia sebagai mahu menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini.
Menurut beliau "Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain." Walaubagaimanapun pihak JAKIM telah memanggil Ustaz Zamihan untuk memberikan penjelasan dan menyiasat perkara tersebut.(sumber)
Ekoran dari kecaman dan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap syeikh as-Sudais, sebahagian umat Islam mewujudkan sebuah fan page Kami Mahu Zamihan Diambil Tindakan Kerana Menghina Sheikh Sudais di facebook.
Page berkenaan boleh diakses di URL berikut: https://www.facebook.com/zamihanpendusta?sk=info
Al-Ahkam.net
25 April 2011
Daripada PERKASA dok sibuk berdemo pasal Melayu, lebih baik PERKASA tengok fakta ini..
Cerita pelik yang menghairahkan.
"Bahaya kepada Perpaduan Pakatan", Dah tahu, apa jadahnya cerita?
PETALING JAYA: PKR menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berhubung isu video seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang sebagai berbahaya dan menggugat perpaduan Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias mendakwa tokoh veteran PAS itu mempunyai agenda sendiri dengan mengeluarkan kenyataan yang berbahaya itu.
“Dia (Mustafa) masih berminat lagi dengan UG (kerajaan perpaduan). Dia juga masih menyimpan dendam terhadap (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali.
“Beliau bercakap tanpa berfikir, bercakap ikut suka tanpa sempadan” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataaan media Mustafa mengenai isu video seks yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Beberapa media melaporkan Mustafa sebagai berkata bahawa PAS akan menentukan pendirian parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan polis berhubung isu video seks ini selesai dijalankan.
Bagaimanapun, beliau menafikan mengeluarkan kenyataan itu sebaliknya mendakwa media sengaja memutar belit kenyataannya.
Dalam Sinar Harian semalam, Azmin membidas laporan yang memetik Mustafa berhubung video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
“Apa kata kalau pemimpin PKR juga membuat kenyataan seperti ini terhadap PAS dan DAP. Sebab itu kita berhati-hati apabila membuat komen terhadap PAS dan PKR.
“Saya nasihatkan Datuk Mustafa supaya jangan terperangkap dengan BN,” tambahnya.
Bekas Ketua AMK, Feriz Musa ketika mengulas berkata, isu tersebut perlu dihentikan segera sebelum merebak.
Katanya, polemik dua pemimpin besar Pakatan Rakyat itu tidak perlu dipanjangkan. FMT
p/s: Sudah tahu kenapa sengaja besarkan isu ini. Media BN satu dunia tahu memang suka putar belit kenyataan. Bila ada statement dari pimpinan sudah pasti semua media akan 'quote' statement itu. Tak semua media boleh di percayai. Ada yang kelihatan 'telus' tetapi ada juga yang kelihatan bias dalam laporan, sudah pasti laporan itu juga sebagai menaikkan hit pembaca. Pimpinan pula tidak perlu menjawab semua soalan, dan kalau menjawab soalan press pun biar jelas dan mudah di fahami. Bukan samar-samar dan tidak pasti sehingga ramai orang membuat tanggapan yang pelbagai. Malangya apabila seorang pemimpin pakatan membuat statement dan pemimpin pakatan lain menjawab kembali statement tersebut dengan nada tidak puas hati. Pelbagai andaian sehingga memberi peluru untuk musuh memecah belahkan Pakatan.
UMNO Munafik sekali lagi mempolitikkan Masjid.
19 April 2011
Meng-Islam-kan Demokrasi
18 April 2011
17 April 2011
Adakah Taib akan berundur sehingga jadi begini..?? (Lagu untuk Taib)
15 April 2011
[15/4/11] Demo Bantah Roboh PASTI Bukit Katil : Tekanan Demi Tekanan Buat Ali Rustam
14 April 2011
Budaya politik Ekstrim Pembangkang, Maaf gambar agak Ekstrim..
[Video] Bakar al-Quran: orang Syiah terlibat??
Analisis oleh Zentrum: PR akan memenangi PRN Sarawak ?
Pelajar pintar UPSR nikah di Thailand
KUALA LUMPUR, 14 April — Pelajar pintar yang pernah menghilangkan diri, Halimaton Abdul Rashid, 16, dikatakan telah bernikah dengan teman lelakinya, Adam di selatan Thailand minggu lalu.
Perkembangan terbaru itu dilaporkan merunsingkan keluarga terutama ibunya, Normah Abdul Mutalib, 45, yang terkejut dengan tindakan Halimaton.
“Dia telah bernikah dengan pemuda tersebut di selatan Thailand minggu lalu dan kini tinggal bersama di Langkawi,” kata Normah dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Normah, yang ditemui di Baling berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelajar tingkatan empat tersebut ketika menghubungi keluarganya tiga hari lalu selepas dia menghilangkan diri buat kali kedua baru-baru ini.
Pada 22 Mac tahun lalu, Halimaton yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007, menyebabkan kegemparan apabila didapati hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sebelum ditemui tinggal bersama teman lelakinya di Langkawi.
Selepas dipujuk, Halimaton berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Difahamkan keluarga Halimaton telah menemui anak dan 'menantunya' hasil kerjasama Umno Baling bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka. MI
p/s: TERLEBIH pintar....
13 April 2011
Ahli Parlimen meletak jawatan di sebabkan fitnah video lucah.
Assalamu alaikum warohmatullohi wa barokatuhu
Salam Sejahtera untuk Kita Semua
Dengan ini saya
Nama : Arifinto
Anggota DPR-RI No. A-72/Fraksi PKS (2009-2014)
Arifinto