Sebaliknya, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu, mendesak Datuk Nik Aziz Nik Mat berhenti dari jawatan Menteri Besar Kelantan kerana selalu sakit dan menamakan penggantinya.
“Sibuk dengan rumah tangga orang, rumah tangga sendiri bocor tidak sedar. Kuman seberang laut nampak, kepala kereta api depan mata tak nampak.
“Dulu MB Kelantan kata kalau Tun Dr Mahathir (Mohamad) berhenti, dia juga akan berhenti dan masa sudah hampir lapan tahun berlaku,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Ibrahim berkata, beliau menyokong Husam sebagai menteri besar bagi menggantikan Nik Aziz dan percaya banyak isu yang boleh diselesaikan.
Katanya, isu air, Bazar Tok Guru yang dikatakan rugi RM50 juta dan pembinaan pasar baru Pasir Mas boleh diselesaikan oleh Husam.
Menurutnya, pemimpin PAS dan kerajaan Kelantan perlu menumpukan kepada kebajikan rakyat dan pembangunan negeri agar wujud lebih banyak peluang pekerjaan.
“Lebih baik begitu dari berceramah siang malam, berkokok sana sini, berapa lama nak main isu rakyat serta berselindung di sebalik Islam,” tambahnya.
Ibrahim berkata, desakan Husam supaya Datuk Seri Najib Tun Razak menamakan pengganti Taib merupakan satu desakan yang amat lucu dan nakal.
“Siapa ganti itu hak BN, yang kamu sibuk kenapa? Apakah kena dapat kelulusan (daripada) PAS?,” soal beliau.
Husam dilaporkan mendesak Perdana Menteri menamakan pengganti Taib dalam satu majlis anjuran Pakatan Rakyat di Kuching malam tadi. FMT
-----------------------------------------------------
1 comment:
ini katak jgn layan la....muka tak lawa pulak,dok bodek la kerja katak ni...kot2 umnogok nak ambil jadi umnogok katak ni semula....meluatnya tgk muka katak ni....jgn dok layan la si katak ni...habis kan beras saja
Post a Comment