Melaka-Malam tadi berlangsungnya siri ceramah penerangan oleh PAS Kawasan Bukti Katil di bawah MTD Bukit Baru di Markas PAS Bukit Katil. Untuk kesekian kalinya juga ceramah PAS turut di ganggu oleh ceramah UMNO hanya beberapa meter dari markas PAS.
Suasana ini bukanlah suatu yang baru dan menghairankan penduduk di Melaka, khususnya di Bukit Katil. Memandangkan sebelum ini telah acap kali ceramah Pakatan Rakyat khususnya PAS di ganggu.
Begitulah hakikatnya pada UMNO. Walaupun telah menang di PRK Merlimau awal bulan lepas, mereka masih berasa gentar dan takut dengan ceramah Pakatan Rakyat. Inilah tanda orang yang penakut, hanya berani menyalak dari jauh dan tak berani berdebat di atas pentas yang sama.
Malam tadi YB Salahuddin Ayub juga di jemput hadir untuk memberikan ceramah, dan beliau juga tidak hairan dengan situasi yang berlaku memandangkan sebelum ini gangguan dari UMNO juga berlaku semasa beliau memberikan ceramah di kawasan Bukit Katil.
Saya menilai gangguan demi gangguan dari UMNO adalah suatu yang positif buat Pakatan Rakyat. Memandangkan semakin ramai hadirin yang datang dan kelihatan pihak polis juga turut hadir menjaga keselamatan sambil dapat mendengar 'ceramah free' tanpa di ajak. Apa yang menambah perisa, kehadiran penceramah-penceramah UMNO yang turut berceramah di sebelah membuatkan rakyat dapat membuat perbandingan dan seterusnya menilai. Video yang saya rakam ini juga anda dapat menilai.
Tak perlu saya nak hurai panjang, sebab perangai UMNO ini memang tidak akan berubah selagi mereka berkuasa. Manusia yang terlalu lama di kerusi empuk memang akan tercabar dan takut apabila ada orang lain mahu menjatuhkannya. Mereka lupa hidup ini ibarat roda, ada masa di atas dan ada masa di bawah. Mereka lupa kerajaan Firaun suatu ketika dahulu yang di katakan kerajaan yang kuat juga hancur, kerajaan Rom dan Parsi suatu ketika dahulu yang amat ampuh pertahanannya juga musnah, dan kerajaan Tunisia dan Mesir yang di katakan hebat juga telah pun jatuh di atas kebangkitan rakyat. Inikan pula kerajaan BN....inikan pula PMnya Najib Razak, yang bini sendiri pun tak berani tegur..apalah sangat... Wallahualam
p/s: malam tadi juga ALi RoSstam datang nak berucap...berucap ala-ala JKKKKKKKK gitu....
Ucapan dari Pengarah PASTI Pusat, Cikgu Azrin
Video: ucapan dari seorang 'ustaz' UMNO...
Ali Rustam turut ambil bahagian join sekaki...
No comments:
Post a Comment