Mahathir terasa amat gerun dengan Sarawak. Dia berkata Taib tidak belajar dari sejarah apabila membuat keputusan mengundurkan diri. Taib tidak belajar dari Wan Mokhtar di Terengganu.
"Saya fikir BN akan menang," hanya itulah kata-kata Mahathir tentang BN di Sarawak. Mahathir sendiri tidak yakin kerana sekiranya beliau yakin lain pula jawapannya.
Zentrum PRN Sarawak dan diselia oleh Zentrum Future Studies Malaysia yang diasaskan oleh Dr Hassan Hayastani telah mengeluarkan kaji selidik PR-31, BN-21, SNAP-15, Baki-Bebas pada pilihanraya Sarawak kali ini.
Taib juga tumbang di Balingian, yang telah disandangnya selama tiga penggal itu. Dalam pertandingan tiga penjuru, calon bebas yang juga sepupu kepada Ketua Menteri itu, Datuk Salleh Jafaruddin menerima sokongan tertinggi apabila memperolehi 38 peratus sokongan dan Taib dengan 36 peratus.Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah pula menerima 28 peratus.
Namun keputusan kaji selidik yang dinamakan ‘PRN Sarawak prediksi period 1′ tersebut merupakan keputusan bagi kajian persepsi semasa dan tidak mustahil berlaku perubahan data dalam jangka masa terdekat.
p/s: semoga analisis ini menjadi kenyataan...
No comments:
Post a Comment