UMNO-BN sekali lagi umpama manusia berhidung belang, iaitu manusia hipokrit yang telah mempolitikkan masjid dengan politik kepartian. Gambar-gambar menunjukkan sebuah program Maulidur Rasul anjuran Wanita UMNO Dun Bukit Baru yang berlangsung pada semalam 24 April 2011. (baca selebihnya di sini)
Komentar:
Allah telah menciptakan neraka itu berlapis-lapis. Yang paling bawah sekali menempatkan golongan Munafik. Siapa itu munafik? Iaitu golongan yang beragama Islam, tetapi cakap dan tingkahlakunya tidak menggambarkan hakikat sebenar. Apabila ia bercakap, dia berdusta, bila ia menyuruh orang lain melakukan, dia sendiri tidak melakukan.
Di dalam sejarah, Abdullah bin Ubai sendiri menjadi bapa munafik. Menjadi pengikut nabi s.a.w beberapa tahun lamanya. Turut menyertai nabi s.a.w di dalam peperangan. Bahkan manusia yang sering memuji-muji nabi s.a.w di hadapan kaum muslimin. Tetapi hakikatnya, di belakang, dia ibarat sesumpah yang boleh menukar warna. Menjadi penentang dan penghasut kepada puak-puak munafik dan mereka yang lemah iman untuk menentang nabi s.a.w. Menjadi penentang tegar kepada Islam apabila berasa kuat dan apabila di hadapan ramai pengikut mereka.
Begitu juga UMNO. Sebagai pertubuhan yang kononnya hebat memperjuangkan Islam dan Melayu. Tetapi mereka lah sebenarnya penentang agama, berasa 'tawaduk' di depan rakyat, tetapi di belakang rakyat merekalah yang telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan atas pengharaman bertafakkur di Tugu Negara, mereka lah yang merobohkan Masjid Bujal suatu ketika dahulu, merekalah yang pernah membuang garis panduan hiburan yang di buat JAKIM, mereka jugalah yang pernah memarahi JAWI atas sebab menangkap 100 orang Islam di Kelab Malam Zouk dahulu, malah pernah menarik wang zakat untuk pelajar-pelajar Al-Azhar kononnya terlibat dengan Pembangkang dan pelbagai lagi contoh bahawa UMNO sebenarnya pengkhianat kepada Agama.
UMNO ibarat pertubuhan yang di pimpin oleh segolongan 'pokko' atau sesumpah yang lidah bercabang 13. w'A/ legendz
No comments:
Post a Comment