27 April 2011

Hina as-Sudais: Fan Page Facebook "Kami Mahu Zamihan Diambil Tindakan.."


Sebagaimana yang disiarkan oleh The Malaysian Insider, Ustaz Zamihan seorang pegawai JAKIM telah mengecam Syeikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais Imam Besar Masjidil Haram yang baru-baru ini datang berkunjung Malaysia sebagai mahu menyebarkan fahaman Wahabi di negara ini.

Menurut beliau "Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain." Walaubagaimanapun pihak JAKIM telah memanggil Ustaz Zamihan untuk memberikan penjelasan dan menyiasat perkara tersebut.(sumber)

Ekoran dari kecaman dan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap syeikh as-Sudais, sebahagian umat Islam mewujudkan sebuah fan page Kami Mahu Zamihan Diambil Tindakan Kerana Menghina Sheikh Sudais di facebook.

Page berkenaan boleh diakses di URL berikut: https://www.facebook.com/zamihanpendusta?sk=info

Al-Ahkam.net

No comments: