1) Sumpah Laknat (Mubahalah) itu sendiri telah menyimpang dari ajaran Islam. Bagi kes tuduhan zina, seharusnya isu ini di bawa mengikut undang-undang Qazaf, iaitu membawa 4 orang saksi yang tidak fasik. Sumpah laknat hanya di lakukan untuk kes Li'an, iaitu fitnah antara suami dan isteri.
2) Sumpah laknat adalah untuk membela diri bukan untuk membuat pertuduhan. Lebih-lebih lagi menuduh orang berzina.
3) Sumpah harus di buat di Mahkamah dan atas arahan hakim Syarie. Memandangkan kes ini masih tergantung dan masih dalam siasatan. Anwar masih belum terbukti bersalah dan ini juga menjawab desakan segelintir orang yang mahukan Anwar bersumpah.
5) Menggunakan Al-Quran sebagai 'alat' untuk membenarkan sumpah hanyalah mengikut seperti mana agama Nasrani yang bersumpah dengan kitab mereka terdahulu. Tiada di dalam Islam bersumpah dengan Al-Quran, ia hanya menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi..
6) Tak pernah ada dalam sejarah sumpah boleh di wakilkan kepada seseorang.
7) Polis di dalam masjid dan Baju Kalis Peluru untuk upacara bersumpah..silapnya sebab terlalu takut di dalam rumah Allah. Berani kerana benar, kira beruntung lah kalau mati dalam menegakkan kebenaran.
8) Pegang Al-Quran terbalik.
2 comments:
kah kah kah..bengong
patutnya, Eskay baca ayat2 quran yang menyebut pasal sumpah menyumpah, barulah real...ni baca BismiLlah n mengucap pun tak pass...ish2
Post a Comment