Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan nama BN berhubung isu video seks.
Katanya, cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya itu kepada Kabinet Jumaat ini.
Semalam, presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.
"Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya,” kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut.
BN, menurutnya perlu bertindak segera bagi mengelakkan spekulasi orang ramai berhubung video seks berkenaan.
"Apabila dia (Wan Azizah) keluar kenyataan, saya berpendirian perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja kerana jika tidak dijawab oleh kerajaan dan tidak diadakan suruhanjaya diraja, kerajaan akan dituduh terbabit.
"Saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini, dan seperti saya katakan, Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu, saya rasa adalah lebih adil jika kita wujudkan Suruhanjaya Diraja yang dianggotai oleh mereka yang bebas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.
Nazri berkata, bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.
"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja.
“Sebagai kerajaan, kita bukan sahaja mesti bersih tetapi juga dilihat sebagai bersih," katanya.
Nazri berkata, usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang meminta sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.
"Saya akan memperakukan dan akan sedaya upaya meyakinkan Kabinet untuk menubuhkan suruhanjaya itu," katanya.
Komentar:
Pelik dengan Menteri bernama Nazri ni. Sibuk-sibuk nak tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk kes video lucah. Kononnya penyelesaian terbaik dan terbersih yang kerajaan boleh lakukan. Rupa-rupanya, beliau lupa Kes Teo Beng Hock yang juga menggunakan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat kes ini sampai hari ini dan sudah 2 tahun masih buntu.
Nazri mengatakan Dr.Wan Azizah tidak layak untuk mengenal pasti siapa lelaki di dalam video itu. Ia sangat pelik kerana orang yang paling rapat dan mengenali 100% Anwar itu adalah isterinya, Dr.Wan Azizah sendiri, mengapa boleh jadi tidak layak.? Jawapan yang rakyat mahukan adalah apakah benar lelaki yang di paparkan di dalam video itu Anwar? Jadi mengapa mesti dikatakan tidak layak apabila Wan Azizah yang merupakan isteri Anwar sendiri untuk mengenal pasti lelaki dalam video tersebut?
Tak hairan jika Nazri berkata ia penyelesaian terbaik dengan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja, sebab beliau sendiri masih jahil untuk memahami hukuman Qazaf yang sepatutnya di laksankan buat mereka yang menuduh orang berzina. Tapi apakan daya Nazri Aziz ini sama 2 x 5 dengan menteri-menteri BN lain yang lebih mempercayai video sebagai saksi. Dan ditambah lagi dengan undang-undang Malaysia juga agak secular untuk di bawa kes ini ke mahkamah Syariah.
Penubuhan Suruhanjaya Di Raja hanya membuang duit dan masa. Sepatutnya isu ini dapat di selesaikan hanya melalui siasatan polis. Tapi di sebabkan polis pun 'kantoi' setelah video seks itu terlepas di khalayak umum, maka rakyat sudah hilang kepercayaan pada polis. Semuanya berpunca dari pihak atasan yang masih mengunci mulut dan mengikat tangan-tangan pihak berkuasa. Lain yang di suruh, lain yang di buat.
Isu ini juga akan menjadi semakin pelik dan berbelit-belit jika di bawa ke Suruhanjaya Di Raja. Seperti Isu Teo Beng Hock, isu VK Linga dan lain-lain Isu ini sebenarnya hanyalah strategi BN untuk mengalih isu yang lebih besar sempena PRN Sarawak. . Hari ini isu kematian pegawai kastam yang mati terjatuh bagunan di bangunan SPRM menenggelamkan isu video seks ini. Sekali lagi imej SPRM terlondeh, dan hari ini ramai menggesa supaya siasatan terperinci untuk menyiasa kes ini. Nazri tidak mahu kah mencadangkan Suruhanjaya Di Raja menyiasat kes ini..?
Sepatutnya Suruhanjaya Di Raja perlu di tubuhkan untuk memulihkan kembali nama baik negara. Majlis Raja-raja Melayu perlu segera menubuhkan suruhanjaya ini agar imej dan nama baik negara tidak di pandang rendah oleh negara lain. Pelbagai isu besar negara telah menyebabkan Malaysia di pelekehkan..isu kes bunuh Altantuya, isu enjin Jet Hilang, kes Beng Hock, kapal selam, dan banyak lagi isu negara yang menjadi bualan. Sistem kehakiman, badan-badan bebas seperti SPR, SPRM, PDRM semakin di ragui kredibiliti. Namun andai badan berkuasa dan badan bebas ini masih di kuasai oleh pihak-pihak tertentu, yakinlah nama Malaysia akan menjadi semakin 'terkenal' di dunia pada masa akan datang./legendz
p/s: menteri terkangkung...terlupa anaknya yang terbiar itu..
No comments:
Post a Comment