08 April 2011

BN mula tunjuk samseng, Markas PAS Tanjung Datu disimbah cat



PETALING JAYA: Markas PAS di Tanjung Datu disimbah cat oleh pihak tidak bertanggungjawab kelmarin menjelang hari mengundi pada 16 April.

Ketua Penerangan PAS negeri, Abdul Aziz Mohamad berkata, “ekoran peristiwa itu kami telah membuat laporan polis.

Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai siapa yang melakukan kerja sabotaj ini.

“Biar pihak berkuasa menyiasat insiden ini,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Tanjung Datu merupakan salah satu dari lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi oleh calon PAS. Empat kerusi lagi ialah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya dan Muara Tuang.

Abdul Aziz mendakwa, pemimpin Umno memberi wang RM30 seorang ketika berkempen dari rumah ke rumah di kawasan Sadong Jaya.

“Pemberian wang seperti itu dikatakan telah berlaku sekian lama tetapi malangnya mereka tidak mahu tampil mendedahkan kepada umum.

“Maka PAS sedang mengumpul maklumat di kawasan-kawasan lain pula dan akan mendedahkannya kepada umum,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, pihak tertentu juga cuba menghalang petugas PAS dari memasukki kawasan Muara Tuang dan Tanjung Datu, dua kawasan di mana buat pertama kali parti itu bertanding.

Beliau berkata, pihak berkenaan mahu menakut-nakutkan petugas PAS dari memasuki kawasan yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional.

Bagaiamanapun katanya, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. FMT


p/s: BN=UMNO...penyakit UMNO di Semenanjung merebak ke Sarawak..HENTIKAN POLITIK SAMSENG, UGUT DAN LUCAH...!!

No comments: