15 April 2011

[15/4/11] Demo Bantah Roboh PASTI Bukit Katil : Tekanan Demi Tekanan Buat Ali Rustam


"Nak Robohkan PASTI Bukit Katil, Memang Sangat Zalim, Kami Akan Pertahankan"

MELAKA- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Melaka di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil sekali lagi telah mengadakan himpunan aman bagi membantah perobohan PASTI di Bukit Katil selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Himpunan aman yang di laksanakan ini adalah rententan kepada himpunan-himpunan aman yang telah di lakukan sebelum sebagai reaksi rakyat khususnya di sekitar kawasan Bukit Katil atas tindakan zalim kerajaan negeri Melaka di bawah pemerintahan Dato' Ali Rustam yang mahu merobohkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Jalan Demang Husin, Bukit Katil. Atas nama pembangunan, iaitu mahu membina sebatang jalan Ali Rustam sanggup merobohkan PASTI tersebut yang di bina sejak berbelas tahun lalu di atas tanah wakaf yang di derma oleh orang ramai.



TYDP PAS Melaka, Sdr.Adly Zahari memberi ucapan




Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek turut memberi ucapan.




Pengerusi Lujnah Tarbiyah Pemuda Melaka, Ustaz Musa menamatkan himpunan dengan bacaan doa.


Pihak Polis sekadar lalu..


























Tindakan zalim ketua menteri Melaka ini sememangnya bermotifkan politik sempit. Pihak PASTI dan PAS Kawasan sendiri telah acap kali membawa usul dan cadangan kepada kerajaan Negeri agar mencari laluan alternatif sebagai contoh di mana di hadapan bangunan PASTI tersebut terdapat kawasan lapang yang boleh di gunakan untuk membina jalan. Bahkan dengan bantuan YB dari DAP, isu ini juga telah di bawa ke Dewan Undangan Negeri Melaka untuk di bahaskan. Namun keangkuhan kerajaan Ali Rustam langsung tidak mengendahkan isu ini.

Setakat ini projek merobohkan PASTI atas alasan untuk membuat jalan ni sedang laksanakan dengan beberapa peringkat mengikut kawasan tertentu. Ada bahagian dan kawasan telah mula di laksanakan kerja-kerja pembinaan dan di fahamkan projek ini akan lakukan mengikut mood rakyat dan bacaan politik semasa tanahair./legendz

p/s: demo aman yang paling aman...tiada polis tiada FRU...mungkin polis Melaka semua pergi Sarawak..

No comments: