10 April 2011

Sekitar Muktamar DPPK Bukit Katil 10/04/11

Melaka-Tengah hari tadi selesai sudah Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil kali ke-7. Muktamar dewan pemuda yang keempat melaksanakan tugas menggantikan tampuk pimpinan lama dan di gantikan dengan pimpinan yang baru, segar dan bersemangat selepas Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Melaka, Alor Gajah dan Jasin.

Muktamar di rasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek. Dalam ucapan perasmian, beliau banyak menyentuh soal kepimpinan, kredibiliti dan komitmen dalam perjuangan di platform Pemuda. Beliau menegaskan pemimpin itu harus ada sifat 3K, iaitu Keterampilan, Keberanian dan Kemahiran dalam memimpin masyarakat.

Ucapan dari mantan Ketua Pemuda, Saudara Puhat Bin Bedol juga banyak memberi semangat kepada hadirin, apabila beliau mengimbau sejarah awal beliau dalam memimpin dewan pemuda kawasan sendiri yang mana pada ketika itu dewan pemuda masih banyak kekurangan.


Pimpinan baru tertinggi pemuda, kari kanan Ketua Pemuda, Sdr.Jauhar, Timb.Ketua, Ustaz Norkhairi dan Naib Ketua, Sdr Bakhtiar.


Mantan Ketua Pemuda Kawasan, Sdr.Puhat menyempaikan cenderahati kepada Ketua Pemuda Negeri, Ust.Kamarudin


Ustaz Kamarudin Sidek menyampaikan ucapan perasmian muktamar


Mantan Setiausaha, Sdr Amin menyampaikan ucapan aluan muktamar.


Majlis pemilihan berakhir tepat jam 1 petang dengan mengemukakan ramai calon muda dan fresh, di mana ketua pemuda kawasan yang baru telah di terajui oleh Saudara Jauhar Md Dawi, Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz NorKhairi dan Naib Saudara Bakhtiar Basar selain ajk-ajk baru yang lain.

Majlis di akhiri dengan ucapan penggulungan dari ketua pemuda baru, Saudara Jauhar yang dalam ucapannya menyentuh soal harapan dan komitmen dari semua pihak baik dari ahli jawatankuasa mahupun amilin-amilin di semua peringkat kawasan dan cawangan.


No comments: