14 April 2011

Pelajar pintar UPSR nikah di Thailand

KUALA LUMPUR, 14 April — Pelajar pintar yang pernah menghilangkan diri, Halimaton Abdul Rashid, 16, dikatakan telah bernikah dengan teman lelakinya, Adam di selatan Thailand minggu lalu.

Perkembangan terbaru itu dilaporkan merunsingkan keluarga terutama ibunya, Normah Abdul Mutalib, 45, yang terkejut dengan tindakan Halimaton.

“Dia telah bernikah dengan pemuda tersebut di selatan Thailand minggu lalu dan kini tinggal bersama di Langkawi,” kata Normah dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Normah, yang ditemui di Baling berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelajar tingkatan empat tersebut ketika menghubungi keluarganya tiga hari lalu selepas dia menghilangkan diri buat kali kedua baru-baru ini.

Pada 22 Mac tahun lalu, Halimaton yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007, menyebabkan kegemparan apabila didapati hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sebelum ditemui tinggal bersama teman lelakinya di Langkawi.

Selepas dipujuk, Halimaton berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Difahamkan keluarga Halimaton telah menemui anak dan 'menantunya' hasil kerjasama Umno Baling bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka. MI


p/s: TERLEBIH pintar....

No comments: