15 January 2011

ADUN Merlimau sihat walafiat lagi rupanya...

ADUN Merlimau, Datuk Mohd Hidhir Abu Hasan sedang menjalani rawatan di Hospital Putra di Melaka selepas pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat, lapor The Star Online.

NONEMohd Hidhir, yang juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri dimasukkan ke hospital itu pada jam 1 petang semalam selepas mengalami ketidak-selesaan perut selama beberapa hari sekembalinya dari Taiwan, Isnin lalu.

"Pada mulanya, saya mendapatkan rawatan untuk perut tetapi memutuskan untuk menjalani ujian lanjut apabila sakit itu berulang meskipun diberi ubat.

"Ujian lanjut pada Khamis mendedahkan arteri saya tersumbat,” katanya di Melaka hari ini.

Katanya, doktor kemudiannya menjalankan pembedahan kecil, lewat petang semalam.

Sehubungan itu, Hidhir menafikan khabar angin yang beliau diserang sakit jantung dan keadaannya serius.

Beliau yang agak girang berkata beliau masih di unit kardiak dan akan dipindahkan ke wad biasa Sabtu ini untuk tujuan pemantauan.

Lewat malam semalam, Malaysiakini memetik laporan Utusan Malaysia Online yang Mohamad Hidhir dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung.-Malaysiakini


Komentar: Kadang-kadang orang Malaysia asal ada YB yang terserempak di Hospital macam-macam cerita di buat lepas tu, kadang-kadang diorang pergi ni nak buat rawatan kesihatan sikit je pun. Ada pula yang nak ziarah kawan atau rakyat yang sakit di hospital je, lepas tu macam-macam cerita keluar. ADUN sakit la, masuk ICU la, dll...Tak ingat masuk surat khabar lagi..termasuk akhbar Utusan. Rasanya semua jadi fobia kot..ingat nak ada pilihanraya kecil lagi.adoii...

No comments: