KUCHING: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Ahad menerima darjah kebesaran Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran 'Datuk Amar' daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Penganugerahan darjah kebesaran itu berlangsung dalam majlis ringkas penuhistiadat di Bilik Istiadat, Astana di Petra Jaya.
Rosmah adalah penerima tunggal darjah kebesaran itu sempena ulang tahun ke-89 Yang Dipertua Negeri pada 16 Oktober tahun lepas, bagaimanapun beliau tidak dapat menghadiri upacara penganugerahan kerana ada urusan rasmi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu, menteri-menteri Kabinet negeri, ketua-ketua jabatan dan ketua kaum menghadiri upacara tersebut.
Rosmah berada di Sarawak untuk mengiringi Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi ke Sarawak selama dua hari mulai Sabtu. - BERNAMA
--------------------------------------------------
Komentar:
Bukan aku jeles dengan Rosmah, cuma tak puas hati sebagai rakyat Malaysia. Apakah significant dan relevennya Rosmah menerima pelbagai anugerah dan pangkat kebesaran seperti ini?
Persoalannya, masih terlalu jauh lagi negara Malaysia untuk menerima pelbagai pencapaian. Apakah keutamaan memberikan anugerah itu lebih besar dari menyelamatkan negara yang semakin di ancam kemuflisan.?
Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa walaupun secara zahirnya di lihat Malaysia sebuah negara yang aman. Namun realitinya, banyak masalah yang di hadapi, samada masalah dari isu moral dan akhlak (maksiat, jenayah dsbgnya termasuk pemimpin negara itu sendiri), isu sensitif yang berkaitan tentang agama dan kaum (Interlok, azan, dll), isu kewangan yang menjadi masalah kepada kebajikan rakyat dan banyak lagi. Semuanya datang dari keutamaan kerajaan dalam mengurus tadbir negara dan kesungguhan kerajaan mengatasi masalah negara hari ini?
Entahlah, sekadar berpandangan. Hari ini ramai pemimpin memimpin dengan pangkat dan jawatan, bukan memimpin dengan pengaruh dan sikap..Rasulullah s.a.w dahulu memimpin dengan akhlak baginda yang terpuji, bukan dengan jawatan. Sebab itu ketika pembesar Quraisy datang menawarkan harta, pangkat dan wanita kepada baginda, baginda tolak kerana semua itu lebih banyak membawa kelalaian dari melaksanakan amanah, semua itu tidak kekal.
Hari ini pemimpin ramai mahukan pangkat dan jawatan, bila tewas dan gagal mendapatkannya, rasa kecewa, tinggalkan amanah malah ada yang khianat terhadap amanah yang di berikan. Namun ia bukanlah bermakna pemimpin itu harus menolak secara tolak pangkat atau jawatan itu tetapi anggaplah ianya sebagai alat bukan matlamat dalam memegang amanah kepada rakyat.
Hari ini kita boleh nilai antara pemimpin yang bagaimana menggunakan pangkat dan jawatan untuk kepentingan rakyat dan pemimpin yang menggunakan pangkat dan jawatan untuk kepentingan sendiri dan kroni..
http://www.keadilandaily.com/belanja-rm100-ribu-semalam-najib-perlu-berani-tegur-isteri-badrul/
No comments:
Post a Comment