03 January 2011

Nazri Aziz, 'Hero' yang tidak di sukai ramai..;p



Nazri Aziz: Tentang PERKASA jika sokong 1 Malaysia (sumber)

Nampaknya kelihatan Nazri Aziz lebih '1 Malaysia' dari pimpinan UMNO lain?

Apakah masih ada insan 'penyelamat' dalam UMNO yang di lihat hari ini di sisih oleh kaum bukan Melayu? Imej UMNO di mata bukan Melayu sedang tercemar dek ideologi kebangsaan Melayu jumud yang sering di mainkan pemimpin UMNO. Persoalan Ketuanan Melayu, hak istimewa orang Melayu dan pelbagai nada berunsur Rasis yang pernah di luahkan pemimpin UMNO ketika dahulu.


Tambahan dengan kewujudan PERKASA yang cenderung kepada memperjuangkan hak Melayu di lihat menambahkan lagi perisa kepada tanggapan dan pemerhatian negatif non-Malay kepada PERKASA atau UMNO.


Tolenrasi Nazri Aziz kepada isu Namewee juga boleh mendatangkan ragu-ragu bagi mereka yang begitu 'ektrim' dengan bangsa. Bagi yang sedar, mereka akan lihat ada positifnya dalam survival negara kearah keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Itu barangkali tanggapan rakyat kebanyakan seperti kita.


Manakala penentangan Nazri Aziz kepada PERKASA juga memberi mesej kepada pemimpin UMNO yang lain khususnya. Mungkin mesejnya adalah untuk memastikan survival 1 Malaysia tajaan Najib lebih berkesan dan barangkali mungkin juga atas sebab kebencian terhadap ketua PERKASA itu sendiri yang di lihat beliau menentang semangat 1 Malaysia. Apa yang pasti penentangan terbuka beliau kepada PERKASA yang mejoritinya ahli UMNO itu mengundang kemarahan oleh ahli-ahli UMNO lain yang menyokong PERKASA.


Bagi menteri yang bernama Nazri Aziz ini, ada sesuatu yang mahu di sampaikan. Nazri Aziz memang bijak berpolitik, walaupun kadang-kadang cara beliau agak 'radikal' dan 'jahat' yang kadang kala mengundang benci musuh politik beliau, tapi mungkin cara itu adalah 'cantik' bagi diri beliau sendiri.


Apakah Nazri Aziz ini akan terus menjadi ikon golongan 'berhaluan kiri dalam UMNO'..? Sejauh mana pula pembawaan Nazri Aziz ini dapat menyelamatkan survival politik dalam BN, khusunya dalam UMNO?..dan bagaimana pula penerimaan ahli-ahli UMNO yang hari ini begitu pekat dengan semangat Melayunya?

Atau apakah Nazri Aziz akan menjadi 'Hero' yang tidak sukai ramai..keh..keh..


Allahu'alam

p/s: Tunggu 'Hero' Melayu, Pak Berahim jawab...

No comments: