Melaka- Malam tadi seperti biasa PAS Melaka di bawah MTD Bukit Baru telah mengadakan ceramah penerangan untuk kesekian kalinya di Bukit Katil. Ceramah yang di sampaikan oleh beberapa pimpinan dari PAS,DAP dan PKR yang di jemput iaitu Ust Kamal Ashaari selaku AJK Pemuda PAS Pusat, YB Goh Leong San, ADUN Kesidang dan Sdr.Freedic Lim dari PKR.
Seperti kebiasaan,ceramah malam tadi juga turut 'di sertai' oleh ceramah UMNO tidak kurang 100 meter jaraknya dari kawasan ceramah PAS. Kebiasaannya di mana ada ceramah PAS berlangsung,di situ jugalah ada ceramah UMNO. Ceramah yang tidak lebih kepada serangan yang kononnya untuk menjawab 'hujah' dari ceramah pimpinan PR. Seperti biasa dalam ceramah UMNO, mangsanya adalah makcik dan pakcik yang di paksa hadir mendengar ceramah sehingga jam 12 tengah malam kemudian menerima habuan selepasnya.
Suasana ini saya boleh katanya hanya ada di Melaka sahaja (yang turut di akui oleh beberapa pimpinan PAS Pusat yang hadir berceramah di sini) lebih-lebih lagi di kawasan di mana Ali Rustam bertanding (dahulu), iaitu DUN Bukit Baru.
DUN Bukit Baru terletak di dalam Parlimen Bukit Katil, di mana semasa PRU 12 yang lepas Ali Rustam telah bertanding dan menang di DUN ini. Melihatkan termometer politik hari ini yang panas, UMNO khususnya di Bukit Baru juga mengalami kepanasan. Kebangkitan PAS dan rakan-rakan PR lain yang memberi tekanan kepada UMNO telah menyebabkan mereka berasa tidak senang duduk. Berbanding ketika sebelum PRU12 yang lalu, sebagai contoh ceramah yang di jalankan tidak pernah di ganggu, aman dan kehadiran SB dan polis di tapak ceramah juga tidak ketara, berbanding hari ini.
Tekanan timbal balas yang di lakukan UMNO kepada PR menjadi bukti bahawa mereka mengalami ketakutan yang serius. Ketakutan dan kerisauan dari kehilangan kuasa dan 'duit poket' yang selama ini mereka bergantung. Walaupun tekanan yang mereka berikan kepada PR itu jelas tidak bertamadun di dalam negara yang mengamalkan demokrasi,namun itulah sebenarnya wajah UMNO yang menghalalkan segala cara, walaupun dahulunya mereka mengiktiraf dan mengakui peraturan dan undang-undang yang di guna pakai di Malaysia, tetapi mereka sendiri telah mencabulnya.
Gangguan demi gangguan yang di berikan UMNO di setiap ceramah PAS di Melaka sebenarnya membuka lagi imej buruk UMNO. Jelas kehadiran rakyat yang hadir di ceramah PAS di lihat semakin bertambah, mungkin antara sebab lain mereka yang hadir juga mahu melihat ragam dan lawak beberapa orang balaci UMNO termasuk 'ustaz-ustaz' mereka berucap di pentas UMNO yang tidak jauh dari ceramah PAS. Bahkan, kehadiran ramai polis dan SB akhir-akhir ini juga secara tidak langsung mendapat kredit kepada PAS yang dapat memberikan mesej tidak langsung kepada mereka yang datang, dimana mereka sendiri akan menilai perbezaan antara kedua-dua ceramah yang berlangsung.
Bayangkanlah negeri Melaka yang di katakan kubu kuat UMNO sendiri pun masih memilih jalan untuk menganggu ceramah PAS, sedangkan mereka mempunyai pelbagai media dan akhbar. Tidak seperti di Selangor, sebagai contoh, pembangkang di sana mengadakan road-tour 'Selamatkan Selangor' (kononnya), namun kerajaan selangor tidak pernah mengganggu ketika ceramah atau road-tour mereka sedang berlangsung, kerana kerajaan Selangor tahu konsep demokrasi dan bagaimana politik sihat itu sepatutnya di amalkan.
Berbeza di Melaka, kerajaan Ali rustam dari UMNO itu sendiri kadangkala hadir berucap sama di pentas UMNO bagi mengganggu ceramah PAS, rakyat sendiri boleh menilai kredibiliti seorang ketua menteri.
Saya sendiri kesian melihat mereka yang menjadi penceramah di pentas UMNO semalam. Pelik dan kadang-kadang terfikir apa sebenarnya yang mereka dapat dengan berucap dengan menganggu ceramah PAS. Mereka terjerit dan terlolong sehinggakan hadirin yang hadir di ceramah PAS tergelak sakan melihat ragam penceramah dari UMNO tersebut, peliknya mereka yang bergelar 'ustaz' UMNO pun turut sama di terjerit terlolong.
Teringat semalam Ustaz Kamal Ashaari beritahu, kita PAS berceramah dan hadir mendengar ceramah dengan matlamat untuk mendapat REDHA Allah. Tetapi mereka (UMNO), apa sebenarnya matlamat mereka? Terutamanya penceramah dan 'ustaz-ustaz' dari UMNO itu?. Apa yang mereka dapat selain habuan wang ringgit dari pemimpin mereka? Tidakkah mereka sedar, wang dan ringgit yang mereka peroleh itu hanya sekelip mata boleh hilang dan habis?
Perjuangan PAS adalah perjuangan Islam. Mereka yang berjuang untuk agama tidak akan mudah untuk memperolehinya melainkan dengan terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan ujian, ia cabaran yang panjang dan jauh. Mahu tidak mahu perlu berkorban yang kadangkala terkorban dengannya.
"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka.." At-Taubah 42
Itulah yang di hadapi oleh setiap gerakan Islam di seluruh negara. Cobaan dan tekanan yang di hadapi bukan sahaja datang dari musuh-musuh agama yang terang jelas seperti kaum kafir dan yahudi laknatullah, tetapi tekanan juga di hadapi dari pihak-pihak penguasa dan pemerintah yang berwatak muslim tetapi bersifat zalim.
Mereka melihat Islam yang cuba di bawa oleh gerakan Islam ini dapat mengganggu kuasa mereka. Mereka melihat Islam itu mengongkong kebebasan mereka mengumpul harta dan jawatan. Katung poket mereka tidak akan sentiasa penuh selagi gerakan Islam ini ada kerana sistem riba dan kapitalism itu di haramkan dalam Islam. 'Kerusi' yang mereka duduk juga tidak akan sentiasa tetap pada tempatnya di sebabkan kaedah memerintah negara itu adalah dengan sifat dan akhlak yang baik dan adil, bukannya asbab dengan 'kerusi' jawatan yang mereka duduk.
Bagi mereka yang beranggapan wang dan jawatan itu matlamat dan habuan mereka, maka mereka boleh saksikan sejarah kehancuran sepertimana kisah Qarun dan Haman yang di telan bumi bersama harta dan jawatan mereka. Dan kerajaan yang mereka anggap tidak mampu di kalahkan sesiapa itu juga mereka boleh melihat tentang apa yang berlaku kepada kerajaan firaun, Namrud, kerajaan Romawi, Parsi dan lain-lain yang di hapuskan oleh Allah atas sebab kezaliman pemerintah mereka sendiri.
Dan yang pasti, gerakan Islam seperti PAS akan sentiasa menentang kezaliman pemerintah BN-UMNO hari ini. Selagi BN-UMNO terus menerus menindas dan berlaku zalim kepada rakyat selagi itu kerajaan yang mereka kuasai hari ini tidak akan senang dan selesa. Wallahu'alam
"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" Al-Maidah 8
p/s: maaf tak sempat nak ambil gambar..
No comments:
Post a Comment