03 January 2011

Rakyat 1 Malaysia suka Berangan??







Penjaga gol keeper Malaysia, Khairul Fahmi mendapat ganjaran sebuah Rumah dari Kerajaan Kelantan atas kemenangan Bola Sepak Malaysia dalam Piala Suzuki lepas. (sumber)

Puas aku cari di akhbar online UMNO iaitu Utusan Malaysia tentang berita yang berkaitan tentang ini, tapi haram jadah tak ada, yang aku jumpa pasal Manchester United mahu lamar Fahmi (question mark). Agak-agaknya Utusan ini allergic dengan Kerajaan Kelantan kot..



Sah, memang rakyat 1 Malaysia lebih suka di suap dengan sifat suka berangan-angan. Walaupun ianya bukan suatu yang mustahil cuma tak perlu nak war-warkan perkara kecil begini. Memang kita patut berbangga dengan pencapaian Malaysia dan aku pun berbangga. Tapi kalau dah berlebih-lebih pula tu masuk bakul angkat sendiri. Malulah sikit..

Cabaran skuad Malaysia masih panjang. Jangan pula dengan kemenangan ini kita jadi selesa dan terus bangga. Kita boleh tengok pencapaian-pencapaian Malaysia sebelum ini, apa yang jadi selepas itu?..

Apa yang penting momentum skuad bola sepak Malaysia perlu lebih baik dari apa yang kita kecapi hari ini. Anggap ganjaran dan hadiah sebagai mangkin untuk terus maju bukannya bila dah dapat terus hanyut seperti sebelum ini..

p/s: Datuk Nicol dah berpuluh-puluh kali menang peringkat DUNIA...


No comments: