debat macam ini yang kita mahukan..!
Hari ini, desakan demi desakan di lontarkan kepada Najib bagi menyahut cabaran Anwar untuk berdebat tentang isu 100 Hari 10 Insentif Pakatan Rakyat. Naik merah bibir seksi Najib untuk menjawab pelbagai soalan dari wartawan. Tetapi negatif.
Isu debat ini tidak akan timbul andai Najib tidak cuba memperlekeh-lekehkan idea dasar 100 hari PR itu. Sekarang Najib telah terperangkap dengan mainan politik yang beliau sendiri cipta. Kononnya mahu tunjuk pada rakyat 1 Malaysia bahawa beliau bijak dalam berpolitik dan tahu mengurus negara seolah-olah beliaulah wira penyelamat negara.
Sejauh mana isu debat ini akan berakhir di dalam keadaan akhir-akhir ini semakin galak di mainkan PR, malah Khairy dan Nazri sendiri kelihatan bernafsu walaupun tiada siapa yang mengajak mereka berdebat sebelum itu. Masing-masing mempelawa diri untuk menjadi wakil berdebat, baik dikalangan parti BN mahupun PR walaupun kelihatan PR lebih teruja. Menjadi wakil mengikut jawatan dan kelayakan. Kata orang enggang sama enggang, pipit sama pipit.
Jawapan Najib untuk tidak berdebat di sebabkan 'tidak mahu buang masa' itu terlalu "canggih" dan sukar untuk rakyat Malaysia terima. Jawapan itu seolah-olah debat itu suatu yang 'nothing'. Tidak membawa hasil apa-apa. Sedangkan antara kaedah komunikasi yang sihat adalah dengan cara berdebat. Dalam Islam juga ada debat/berjidal selain muzakarah dan berdialog. Debat bukan mencari siapa pemenang tapi untuk mencari kebenaran seperti amalan para ulama dahulu yang berdebat bagi mencari titik temu dari sesuatu khilaf atau kemusykilan. [teringat bagaimana Almarhum Ahmad Deedat yang berdebat di dalam gereja].
Mungkin Najib juga harus sedar tindakan menyerang musuh yang terikat kaki dan tangan itu suatu tindakan yang bacul. Kebaculan itu terserlah apabila ada pula rakan seangkatan yang mahu menolong Najib pula asbab tindakan bacul itu. Seolah-olah mahu mengajar kaedah berlawan cara Jantan, atau mungkin dengan maksud lain Jeneral tak berani, biar prebet yang tolong.
Betapa baculnya BN kita boleh lihat. Sudahlah media perdana di sekat kerajaan bagi membenarkan PR menjelaskan sesuatu, kemudian di fitnahnya pula dengan pelbagai penyelewengan fakta. Hari ini pemimpin mereka menyerang pula dengan senjata mereka tanpa memberi peluang pihak lawan membalas. Inilah demokrasi rimba ciptaan BN..
Persoalannya, susahkah berdebat?..bukan sukar, Najib hanya perlu menjawab segala hujah pembangkang seperti sebelum ini yang ramai rakan-rakan beliau yang pernah berdebat, berlajarlah dari mereka. Najib cuma tak perlu takut, hanya perlu jawab tanpa mengeluarkan setitis buih di mulut. Tak perlu takut, Isteri anda sentiasa menyokong, menteri-menteri anda juga akan menyokong (selagi anda berkuasa). Rakyat 1 Malaysia akan menilai.
Rakyat saban hari akan mengikuti dan menilai perjalanan politik tanahair. BN-UMNO lupa bahawa era globalisasi tanpa sempadan hari ini banyak membuka ruang untuk rakyat berfikir. Berfikir melalui pelbagai sumber. Sekatan media arus perdana oleh BN-UMNO hari ini hanyalah menyekat minda orang-orang kampung dan mereka yang lemah akal, tetapi tidak kepada generasi muda dan generasi perubah hari ini. BN-UMNO hanyalah memerangkap diri..
Masa akan menentukan, Najib dan kerajaan BNnya pasti akan tumbang sebab manusia khususnya umat Islam hanya beriman dengan kenyataan bahawa tiada kerajaan yang tidak akan tumbang melainkan kerajaan Allah. Cuma yang menjadi persoalannya nanti samada tumbangnya kerajaan BN itu dengan cara bermaruah ataupun tidak.
Wallahu'alam
p/s: fight like a man..brave as Rosmah.
No comments:
Post a Comment