18 January 2011

Lawatan Kerja Najib ke Labis??

JOHOR BAHRU 17 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Labis esok mempunyai jadual yang padat.

Menurut aturcara lawatan beliau yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Johor hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO dijadualkan merasmikan Program Jalur Lebar di Pusat Komuniti Felda Chemplak Barat pukul 9.50 pagi.

Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar dan warga Felda serta merasmikan gelanggang futsal.

Kemudiannya, beliau dijadualkan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Chemplak pukul 11 pagi, sekali gus merasmikan Bangunan Dewan Semai Bakti dan gelanggang futsal di felda berkenaan.

Pukul 12.30 tengah hari pula, Najib akan menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Makan Tengah Hari bersama penduduk Tenang di Padang Awam Felda Tenang.

Selepas itu, beliau dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat India di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis dan menyampaikan bantuan kelengkapan sekolah kepada pelajar.

Sebelum kembali ke ibu negara, Perdana Menteri akan merasmikan bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Labis dan menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010.-Utusan


Komentar:

Tergelak aku baca tajuk akhbar UMNO, Utusan Malaysia tentng Lawatan Kerja Najib Ke Labis . Tak payah la nak berselindung, kalau nak datang buat lawatan BERKEMPEN tu cakap je la. Lawatan 'kerja' untuk 5 tahun sekali..haha..

No comments: