12 January 2011

Dasar pemimpin BN-UMNO munafik..


Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat suatu Pembaziran (sumber)

'Ahli-ahli ekonomi UMNO' mengatakan tidak bersetuju dengan cadangan Pelan 100 Hari pembangkang, dengan menyatakan ia akan membawa kesan serius ke atas ekonomi Malaysia, membazirkan sumber-sumber kewangan berharga dan tidak dapat dielak akan menjerumuskan negara ke dalam krisis kewangan seperti Greek sekiranya dilaksanakan.

Inilah lawak mendebarkan dari pengampu kelas pertama kerajaan BN. Sepatutnya kerajaan perlu meyakinkan kepada rakyat terutamanya mereka yang berada di kampung-kampung dan luar bandar yang masih tegar dan 'beriman' dengan BN-UMNO ini mengapa Pelan 100 Pakatan Rakyat itu suatu Pembaziran kepada negara. Kalau dok cerita tentang ekonomi pada orang-orang kampung, sampai bila mereka tak faham. Bukankah mereka tahu bahawa orang-orang kampung yang setia dan tegar menyokong mereka ini dulu kini dan selamnya ini jenis yang tak pandai matematik, mereka lebih berminat dengan Kain Pelikat dari insentif-insentif yang membazirkan harta negara. Lebih-lebih lagi insentif dari sumber 'Haram'.

Sepatutnya kerajaan BN dan UMNO perlu menyakinkan pada juak-juak mereka bahawa Pembaziran itu amalan syaitan. Orang yang suka membazir ni sama perangai macam Syaitan. Berdosa, boleh masuk neraka. Pemimpin-pemimpin UMNO patut membuat 'road-tour' masuk kampung-kampung jelaskan keburukan sifat membazir sambil menyarankan kepada penduduk kampung agar mengubah gaya hidup dan berjimat cermat dengan menanam sayur dan sebagainya.

Mungkin kerajaan harus memberikan contoh penjimatan yang telah dilakukan oleh pemimpin BN-UMNO sebagai contoh 'penjimatan' hasil jualan bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion, 'penjimatan' pembinaan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 billion, 'penjimatan' RM77 juta untuk khidmat APCO, RM1 billion untuk pembinaan Litar F1 Sepang, dan yang paling best sekali, 'penjimatan' RM2 juta kerajaan khusus untuk rakyat dari PROGRAM 'Juara Rakyat', program yang mendahulukan rakyat dengan kenaikan harga minyak, barang-barang keperluan, tarif elektrik, kos perkhidmatan, cukai sana sini dan lain-lain. Banyak lagi 'penjimatan' bernilai jutaan dan billion ringgit oleh kerajaan yang aku pun malas nak tulis. Ini baru projek 'penjimatan' dari kerajaan pusat, belum kerajaan negeri lagi.

Kerajaan BN dan UMNO juga boleh beritahu kepada orang-orang kampung tentang bagaimana pembaziran yang di lakukan oleh Kerajaan Pakatan rakyat yang mencadangkan Pelan 100 hari itu.

Inilah senarai 'pembaziran' rancangan 100 hari 10 insentif Pakatan Rakyat jika menguasai Putrajaya:

1) Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

2) Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

3) Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.

4) Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

5) Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

6) Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

7) Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.

8) Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.

9) Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.

10) Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.


Setelah di tambah tolak, 'pembaziran' yang bakal di lakukan Pakatan Rakyat bila menguasai Putrajaya nanti bernilai RM19 Billion. Sungguh membazirkan...

Maka selamatlah duit rakyat dengan penghapusan tol, jimat duit rakyat dengan rombakan subsidi minyak, jimat duit poket rakyat dengan imbuhan RM500 guru, jimat duit poket rakyat dengan kenaikan royalti minyak, maka aman jugalah negara dengan kawalan Akta ISA dan lain-lain.

Yang paling penting, duit poket pemimpin UMNO bertambah-tambah selamat..

p/s: munafik..munafik..


No comments: