20 July 2009

Apabila SPRM tidak dipercayai...


Baguih dok ado..

Tawar hati dan tidak percaya kepada SPRM dan polis. Kata Dato Husam Musa berkenaan kes kematian Teo Beng Hock beberapa hari lepas dengan meminta ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini (sumber). Nada ini di ungkap atas dasar integriti penguatkuasaan badan-badan ini yang dilihat akhir-akhir telah pudar akibat peristiwa-peristiwa sebelumnya yang menjadikannya sebagai kayuukur kepada gerak kerja badan-badan ini. SPRM dan polis khususnya telah sedaya upaya menjalankan peranan yang sepatutnya dimainkan namun disebabkan bekas lama yang masih tertinggal dan tidak dibersihkan, beberapa badan dan parti politik (terutamanya Pembangkang) malahan individu-individu yang peka turut mula meragui tindakan dan gerakkerja badan-badan ini. Mengapa ini berlaku?

Sesungguhnya sebuah negara yang terbentuk terutama Malaysia ditegakkan oleh tiga institusi besar negara iaitu Penggubal undang-undang (legislative), Perlaksana Dasar (Executive) dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga unsur penting dalam pembentukan dan perlaksanaan sesebuah negara ini telah dipelihara oleh satu lagi institusi penting yang bertugas dalam menjayakan dan memelihara undang-undang yang telah digubal kerajaan, iaitu institusi penguatkuasaan. Mereka-mereka inilah polis, kastam, imegresen, SPRM dan penguatkuasa tempatan.

Namun demikian, apabila institusi-institusi ini telah tercalar integriti dan telah semakin pudar warna kewibawaanya, sesuatu tindakan perlu dilakukan. Tindakan yang memerlukan rebranding bukan sekadar hanya pada nama (seperti yang telah dilakukan SPRM), bahkan isinya juga memerlukan perubahan (subtantive in nature)

Pokoknya ia harus berbalik kepada soal moral yang amat perlu dititik beratkan, iaitu moral dikalangan penjawat-penjawat yang berada di setiap post-post jawatan. Justeru itu asas utamanya adalah tanggungjawab yang lahir dari moral atau dalaman diri yang menjadi penentu kepada perubahan sesorang dan seterusnya kepada skop yang lebih besar. Tanggungjawab moral ini bergantung kepada soal besarnya tanggungjawab atau taklifan yang diterima. Semakin besar jawatan, semakin tinggi tanggungjawab moralnya kepada institusi yang diwakilinya.

Hilangnya keyakinan terhadap institusi-institusi ini, tidak dinafikan wujudnya suatu kepentingan-kepentingan tertentu yang menguasai sesorang penjawat, sehingga dengannya itu terhakis segala kepentingan awam dan kepentingan negara demi meraikan periuk nasi sendiri dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sekali lagi terpaksa dimaklumkan bahawa wujudnya budaya tidak sihat yang menjadi ’plastik bungkusan’ yang dijunjung kemana-mana kepada moral individu-individu yang terbabit, iaitu budaya yang tidak berperinsip dan khianat terhadap tanggungjawab seperti rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, dan banyak lagi. Malangnya yang menjadi mangsa adalah masyarakat awam sendiri.

Ia masih berpeluang untuk di rawat, ibarat kurap-kurap kecil yang ada di muka, memerlukan pencuci dan rawatan yang berkesan malah sesegera mungkin sebelum merebak keseluruh muka sehingga timbul kebencian orang untuk mendekatinya. Wallahua’lam.

SPRM oh SPRM..


sekadar hiasan

1 comment:

Ahmad Ulwan b Hassim said...

salam..emm ni la bala pabila pemimpin kerajaan yg merupakan kepala kepada smua rakyat bukan diklgn yg memahami islam yg xde integriti maka semua ni x mustahil berlaku...

"APA YANG AKU CARI ADALAH DAMAI BUAT UMAT INI"