Kelakar ada kesian pun ada. Begitulah fenomena pungguk rindukan bulan yang berlaku pada UMNO-BN sekarang. Isu terbaru, UMNO-BN yang masih lagi menagih ’kasih’ dari PAS, setelah satu demi satu harapan dan cita-cita ’murni’ UMNO-BN di tolak mentah PAS yang dulu, kini dan selamanya sudah begitu masak dan begitu memahami kebobrokan dan kebejatan perangai UMNO-BN yang dahulu, kini dan selamanya juga sangat hodoh dilihat malah sehingga menjadi darah daging mereka.
Ia berdasarkan ’track-record’ dan sejarah yang telah dilalui PAS bersama UMNO-BN dan beberapa siri-siri ’hidden-agenda’ UMNO-BN yang dilihat tidak berjaya dan telah di’detected’ sebelum ini. UMNO-BN sangat mengharapkan sesuatu yang dapat memulihkan kembali wajahnya yang telah dan semakin bertambah hodoh. Rupa-rupanya tangan yang dihulur masih tersisa najis dan kotoran. Tangan kanan menghulurkan salam, tangan kiri mengenggam pisau-sifat tikam belakang yang biasa UMNO-BN amalkan.
PAS tidak rela pisang berbuah dua kali.
Sejarah telah merakamkan bagaimana regim UMNO-BN ini telah melakukan pelbagai ’dosa besar’ kepada rakyat- contohnya Peristiwa Memali pada tahun 1985, Operasi tangkapan pemuda pada tahun 1984, peristiwa pembunuhan Ustaz Osman Talib di Lubuk Merbau, Operasi Lalang pada tahun 1988, dan pelbagai lagi jenayah politik dan kemanusiaan yang dilakukan disamping sekatan terhadap ceramah-ceramah agama dan ilmu, rampasan tanah (contoh di Muassah Darul Ulum), isu roboh masjid di Terengganu dan banyak lagi. Malah regim UMNO-BN sehingga kehari ini telah menggunakan media massa bagi menimbulkan kebencian terhadap PAS disamping memesongkan maklumat- inilah antara senjata ampuh UMNO-BN sekarang.
PAS tidak menutup seketat-ketatnya ruang perbincangan andaikata ia membawa menfaat kepada negara. Malah apa yang telah diberitahu Mursyidul Am, PAS sedia berbincang dengan UMNO-BN jika ia melibatkan kepentingan negara selagi tidak menggadai prinsip agama. Namun permasalahannya, mengapa perlu ada maklumat sonsang yang digembar-gemburkan kerajaan melalui media. Rakyat perlu membezakan kerjasama antara kerajaan dan parti. UMNO-BN mempunyai masalah untuk membezakan kedua-duanya.
Tuan Guru Nik Aziz telah menyatakan hasratnya supaya kerajaan pusat benar-benar memahami konsep federalime, iaitu menghormati hak negeri di bawah kerajaan persekutuan-yang dilihat telah didiskriminasikan. Atas alasan itulah Tuan Guru telah meminta adanya kerjasama anatara kerajaan pusat dan kerajaan negeri demi kepentingan negara. Jaun sekali menyebut kerjasama parti.PAS dan UMNO-BN. Namun seperti biasa, Sarkis tetap Sarkis, kata lain faham lain.
Amat malang media pro-BN/UMNO ini seperti biasa telah memanipulasikan maklumat. Menyebarkan ’dakyah UMNO-BN’ pada masyarakat agar rakyat keliru. Inilah kebebasan mutlak UMNO-BN yang disalahgunakan terhadap media. Walaubagaimanapun UMNO-BN harus sedar dan menerima hakikat bahawa rakyat sekarang tidak seperti dahulu, tidak hanya makan apa sahaja yang disuap BN-UMNO. Keterbukaan arus media pada hari ini dilihat begitu memberansangkan dengan pelbagai medium saluran maklumat yang lebih terbuka seperti laman web, blog-blog, facebook dan banyak lagi-mendedahkan pekong di dada UMNO-BN.
Benarlah apa yang dikatakan, UMNO-BN umpama Majnun yang mengimpikan Laila. Majnun yang benar-benar ’majnun’. W’A
No comments:
Post a Comment