24 July 2009

Resepi UMNO-BN..



Chef UMNO...

Apa lagi yang tidak kena dengan kerajaan?

Nampaknya ada sahaja yang tidak kena dengan apa yang diputuskan oleh kerajaan ketika pengumuman untuk membentuk Suruhanjaya Diraja ekoran kematian Teoh Beng Hock 16 Julai lalu.

Walaupun Najib dengan steadynya telah mengumumkan di media tentang penubuhan suruhanjaya ini (setelah terdesak dengan kemahuan Pembangkang dan rakyat), namun ia masih lagi disifatkan sebagai petunjuk tentang selera parti pemerintah, Umno-BN terhadap keadilan. Segelintir pemimpin pakatan menyifatkan tindakan kerajaan UMNO-BN ini hanya mengikut selera dan resepi ciptaan UMNO-BN bukannya mengikut selera rakyat.

Kabinet, dalam keputusannya beberapa hari lepas bersetuju menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dan meneliti kematian Teoh, namun rupa-rupanya ia masih tidak disetujui mengenai matlamat penubuhan suruhanjaya ini yang dilihat bukan bertujuan menyiasat kes pembunuhan Teoh, erti kata lain, menyiasat siapa dalang berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi.

Apa yang dikesali oleh pemimpin pakatan dan rakyat sendiri, adalah berhubung dengan tujuan penubuhan suruhanjaya ini yang hanya sibuk mewar-warkan tentang kaedah soal-siasat yang dilakukan. Jika dilihat kedua-dua tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah berbeza sama sekali – antara kehendak rakyat dan kehendak mereka yang berkepentingan, yang seolah-oleh cuba menyembunyikan kebenaran.

Kerajaan Umno-BN, pimpinan Najib Tun Razak kelihatan seolah-olah cuba mencabar intelektualan atau kebijaksanaan rakyat, ini kerana penubuhan suruhanjaya ini dilihat seperti mahu memberitahu, ”kami dah beri apa yang rakyat minta” atau ”kami dah buat apa yang rakyat hendak”. Seperti memberi sogokan kepada rakyat dengan menganggap rakyat tidak pandai dan tidak tahu berfikir.

Kematian Teoh merupakan suatu kematian yang mencurigakan, berdasarkan maklumat dan bukti awal. Atas sebab inilah rakyat memohon untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, yang dilihat mempunyai peluang dan diberi kepercayaan untuk menyiasat- setelah polis dan SPRM tidak dipercayai lagi.

Namun amat pelik apabila tiba-tiba mesyuarat kabinet keluar dengan resipi Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dihidangkan, kurang manis dan kurang masin, langsung bertentangan dengan selera rakyat yang sendiri mahukan sesuatu mengikut menu yang dikehendaki. Rupa-rupanya chef UMNO-BN ini telah menggunakan tangan sendiri lalu mencucinya agar rakyat tidak mengetahui.

Inilah suatu bentuk pengaburan. W’A


-----------------------------------------------------------------------


Berita lain:


Pelan laluan antara Pro-ISA dan anti-ISA. Pertembungan antara 2 gagasan ini diharapkan tidak menimbulkan kekecohan pada 1 Ogos nanti.


-Click to enlarge-

1 comment:

Baginda Reformasi said...

salam saudara... karut je depa nih... lain diminta lain diberi... mintak minyak bagi orang naik minyak.... mintak siasat kes pembunuhan TBH, di siasat bagaimana SPRM menyiasat... tak ke bengaP tu? rasa2nye jadi seperti kes pembunuhan bakal menantu sami vellu le gamaknye...