16 July 2009

'Pewaris' 'Jari' I.S.A

Jadilah 'Pewaris' cerdik pandai

Apabila hilangnya rasa 'sense of belonging' antara sesama manusia (terutamanya sesama Islam). Maka terhijablah segala kebenaran dan terpapar segala kebatilan. Dan kebatilan itu diperjuangkan demi kepentingan peribadi dan sesuatu pihak. Kubur aku, bukan kubur engkau,..selagi ia tidak terkena kepada batang hidung sendiri.

"Dan barangsiapa yang bangun dan tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk sebahagian daripada mereka (kaum Muslimin)" Hadith Nabi s.a.w

Inilah dia PEWARIS, pertubuhan yang berorientasikan semangat keMelayuan. Menuntut untuk memperjuangkan kaum Melayu. Ya, tiada yang salah. Ia tidak merosakkan aqidah. Namun apabila mereka menuntut dan memperjuangkan sesuatu kebatilan itu diteruskan, ia sememangnya menyalahi adat Melayu. Adat Melayu yang berakhlak Islam. Menolak sebarang unsur kebatilan. Melayu itu elergic kepada akhlak buruk, kaum Melayu itu sendiri telah terkenal dengan kaum yang mempunyai budi pekerti yang murni, bersopan santun dan penuh dengan kebaikan. (itu dahulu, sekarang?...)

Alangkah malang, apabila melabelkan Islam itu dengan keganasan, ketidakadilan, dan zalim. Bahkan ia 'berdosa besar'. Walaupun tidak secara terus. Tetapi ia tetap terkena tempias. Tindakan ini memberi wajah Islam kepada non-muslim sebagai suatu gambaran yang negatif. Timbul segala segala jenis fitnah terhadap Islam kepada non-muslim dari muslim. Fitnah yang dicipta hasil kejahilan diri. Semuanya atas sebab 'ketaksuban' kepada kaum dengan mencampur gaulkan sekali Agama di dalamnya.

Mengatakan 'Ya pada I.S.A', dengan menyelitkan laugan 'Takbir'-Allahuakbar!.Sambil mengenakan baju yang tertera 'Yes To I.S.A'. Pertubuhan ini telah berhimpun seramai lebih kurang 200 orang demi menunjukkan sokongna padu mereka kepada I.S.A sambil menunjukkan sokongan kepada hak-hak dan kepentingan orang Melayu. Semestinya perhimpunan itu tidak di'sambut' dengan water-cannon atau balaci-balaci kerajaan. Kepentingan orang Melayu apakah yang dituntut? Apa kaitannya dengan I.S.A?, sehingga merasa redha dan 'beriman' dengannya. Tidakkah mereka tahu ramai tahanan I.S.A itu terdiri daripada orang Melayu?

Islam telah tercemar dek muslim yang jahil. Menyebut nama Allah dan bertakbir sambil menyokong terhadap kebatilan, seolah-olah Islam itu sendiri meredhai kebatilan. Adakah mereka ini sedar? (sudah pasti tidak). Samada jahil terhadap Islam, atau jahil terhadap I.S.A itu sendiri akibat dek fahaman yang sempit dan jumud.(tidak mustahil kemungkinan besar juga disebabkan faktor campurtangan parti politik lain)

Jika jahil terhadap I.S.A itu, ketahuilah bahawa akta ini lebih zalim dari undang-undang sekular yang ada sebelum ini (Sumber) . Dan jika jahil terhadap agama, aku sendiri pun tidak dapat membantu anda semua.

I.S.A-bukan soal politik kepartian, bukan soal pertubuhan NGO, bukan soal terhadap sesuatu kepentingan material atau duniawi semata-mata. Tapi soal kemanusiaan. Perilaku buruk penguasa terhadap mereka yang tidak berdaya, dinafikan untuk mempertahankan diri. Inilah akta zalim ciptaan manusia.
Mengapa masalah Palestine kita mampu bersuara, tetapi masalah I.S.A yang hampir serupa,kita tidak mampu?

Sama-sama kita menginsafi dan muhasabah.

"Dan tunduklah semua muka (dengan berendah diri) kepada Tuhan Yang Hidup Kekal lagi senantiasa mengurus (makhluk-Nya). Dan sesungguhnya telah merugilah orang yang melakukan kezaliman"
Taha 111

Maklumat berkaitan, sila layari blog: Palestinhood

2 comments:

Mohd Amin Bin Mohd Hamami said...

Betul tu aizat..

Hakikatnya Melayu mmg sinonim dengan sopan adab dan akhlak..
Cuma bagi mereka yang tidak reti menilai semangat kemelayuan yang berlandaskan agama sanggup menggadaikan prinsip...

LegendZ said...

yup..mr.pres
menggadai prinsip dan secara tidak langsung turut menggadai agama..

Melayu yang 'melayu'kan agama..