18 July 2009

Malaysia Boleh?


i'm Man U die hard fan, but i'm also Malaysia big supporter

Sebentar tadi baru sahaja tamat perlawanan bolasepak antara pasukan Malaysia dan Manchester United. Walaupun Malaysia tewas dengan jaringan 3 berbalas 2, namun secara jujurnya, aku agak berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan oleh pemain Malaysia. Confident dan agak tersusun.Tahniah diucapkan.

Pemain Malaysia beruntung kerana diberi banyak peluang sebagai pendedahan. Seharusnya peluang ini dikutip sebaik-baiknya dan diaplikasikan demi memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti bolasepak negara yang selama ini di pandang sebelah mata oleh rakyat Malaysia sendiri.

Tahniah kepada Kementerian Sukan yang dilihat begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk berbelanja lebih bagi penganjuran berprestij seperti ini.(dan ini bukan kali pertama). Usaha dan pengorbanan wang yang besar dan tenaga yang banyak telah peruntukkan untuk memperbaiki kualiti dan mutu sukan di Malaysia. Agar Malaysia terkenal di mata dunia. Bak kata lagu "standing in eyes of the world"


"Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional"

Em..aku berfikir, andaikata semangat dan pengorbanan wang dan tenaga ini juga turut di 'infa'kan' oleh kerajaan bagi memperbaiki kualiti dan mutu hidup dan pembangunan rakyat Malaysia, sebagai contoh;

1) Pembangunan material .
-infrastruktur yang seimbang untuk semua rakyat (pembinaan Jambatan di kawasan miskin..haha)
-kadar kemiskinan (perlu ada bantuan dari kerajaan tanpa memilih bulu)
-kos hidup yang tinggi (kerana terlalu banyak 'cukai' dan 'bayaran')
-kesihatan dan pengangkutan (facilities yang lengkap selain kurang birokrasi) dan banyak lagi..
2) Pembangunan spiritual
-sekularisasi (pendidikan, kewangan, perundangan dll)
-jenayah kolar putih dan biru (rasuah, pecah amanah, dadah, ragut, curi, bunuh dll)
-keruntuhan moral dan akhlak (dedah, rempit, lepak dll)
-aqidah (murtad, ajaran sesat dan yang hampir sesat)..dan banyak lagi..
Pasti rakyat Malaysia akan dikenali di mata masyarakat dunia, Perfect. (bukan perfect dalam penganjuran sukan sahaja). Kalau keutamaan ini di utamakan, pasti rakyat akan berasa yang "rakyat didahulukan.."..Wallahu'alam

Barulah Malaysia Boleh !!


Goals preview MU vs Malaysia








No comments: