22 July 2009

Kemalangan Van PASTI Jasin

Van Pasti Nurul Iman yg dipandu oleh Saudara Lokman b. Md Daud


1) Kemalangan berlaku di jalan menuju ke Kemendor (berhampiran dengan Sekolah Menengah Teknik Jasin), ketika itu van PASTI sedang menghantar pelajar ke rumah masing-masing. Semua pelajar ini dari Pasti Nurul Iman, Kesang Tua, Jasin, Melaka.

2) Berdasarkan maklumat saksi kejadian, kereta wira tersebut telah terbabas & memasuki jalan yg bertentangan iaitu laluan yg dilalui oleh van Pasti itu. Dan telah melanggar van Pasti secara tepat bahagian depan van.

3) Van Pasti dipandu oleh saudara Lokman b. Md Daud bersama 12 org pelajar & seorang pembantu Pasti.

4) Alhamdulillah semua pelajar & pembantu terselamat dari kemalangan tersebut.

5) Buat masa sekarang, majoriti pelajar Pasti telah pulang ke rumah masing-masing setelah menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Jasin.

6) Setakat ini, pemandu van, Saudara Lokman telah ditempat ke wad B4, Hospital Besar Melaka. Beliau mengalami patah kaki akibat tersepit. Beliau pengsan ditempat kejadian sejurus kemalangan itu.

7) Adik Liyana bt. Sabarudin berada dalam keadaan yg kritikal, ditempatkan di ICU (Aras 2) Hospital Besar Melaka. Beliau mengalami pendarahan dalam perut & telah menjalani pembedahan petang semalam.

8) Adik Fatiyatul Akma bt. Zulkifli ditempatkan ke aras 1-2, Hospital Besar Melaka. Beliau mengalami patah kaki.

9) Semoga anak-anak Pasti ini diberikan kekuatan zahir & batin dalam menghadapi peristiwa ini. Mari kita sama-sama menadah tangan & memohon semua yg terlibat kembali sihat seperti sediakala.

10) Adalah amat penting, kita mendoakan kesejahteraan mereka. Ikatan yg telah wujud antara guru Pasti & pelajar Pasti diibaratkan sebuah keluarga yang mesra. Ikatan tidak mudah dipupuk kecuali dengan adanya pengorbanan semua pihak.



Kereta wira yg dipandu oleh pemuda Melayu. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir dalam jam 1.30 petang di Hospital Jasin.


Adik Fahiyatul Akma bt. Zulkifli sedang berehat di katil 10, Aras 1-2 Hospital Besar Melaka.
Adik Akma mengalami patah kaki & beberapa kecederaan di muka. Adik Akma ditemani oleh ayahnya iaitu Ustaz Zul.

Dashbroad van terperosok rapat ke kerusi pemandu.

Pintu sebelah pemandu koyak dengan kasar akibat pelanggaran yg kuat.

Cermin van mengalami keretakan secara menyeluruh.


p/s: sempat menziarahi adik Fatiyatul Akma petang semalam. Sayu melihat wajah adik kecil ini. Rasa terlalu awal ujian yang Allah berikan pada beliau pada usia yang muda. Tetapi ujian itu juga Allah hadiahkan sebagai buah kiffarah bukan hanya pada adik kecil ini tetapi juga pada ibuayahnya. Semoga keluarga mereka tabah hadapi ujian ini dan mudah-mudahan adik Akma cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak kecil lain. InsyaAllah.

2 comments:

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

salam. dah lama ak menziarahi teratak single breath.

semoga kita lebih berhati2 dalam memandu. Apa saja boleh jadi dalam sekelip mata nampaknya. Semoga adik2 ni selamat juga dan moga roh saudara seislam kita yang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut dicucuri rahmat. InsyaAllah

LegendZ said...

InsyaAllah..moga2 kita semua mati dlm keadaan khusnul khotimah..