31 July 2009

Zaluman Jahulan


KUALA TERENGGANU 30 Julai – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan menyokong atau membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau juga mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya segera bertindak terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini di ibu negara.

‘‘Polis perlu bertegas dan ambil tindakan bagi memastikan undang-undang dan Perlembagaan negara tidak dicabul sewenang-wenang.

‘‘Negara ini dibina berlandaskan acuan kita sendiri dan bukannya negara barat,” katanya selepas menyampaikan cek sumbangan saguhati khas kepada bekas polis yang berkhidmat semasa darurat bagi Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (OPRM) menyokong penuh Perhimpunan Mansuhkan ISA yang akan diadakan pada 1 Ogos.

Mengulas lanjut Hishammuddin berkata, penganjur perhimpunan tersebut sebenarnya mempunyai niat untuk menghuru-harakan negara.

Dalam hubungan ini katanya, pihak polis tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk sebarang perhimpunan mansuhkan ISA.

Katanya, walaupun pihak polis difahamkan terdapat pihak tertentu yang berhasrat menganjurkan perhimpunan tetapi permit belum dipohon.

Hishammuddin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sesiapa saja yang cuba mencabar atau menganggu-gugat kewibawaan polis. Sumber

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



p/s:

Sekali lagi suara-suara pemimpin jahil di berita, aku nak tanya, siapa yang sebenarnya yang mula mencetuskan kekecohan, rakyat atau polis dan siapa sebenarnya yang ganas, rakyat atau FRU..?. Dah namanya Himpunan Aman, sudah tentu tiada keganasan, rakyat hanya berjalan dan menghantar memorandum sahaja.,ganas ke? Soal diterima atau tidak itu terpulang pada Sultan, yang penting rakyat mahu tunjukkan ISA ini tidak relevan lagi sekarang, dan harus di mansuhkan, itu sahaja. Jelas sekali hanya orang yang berkepentingan sahaja yang akan melenting.

Kononnya negara tak mahu ikut acuan Barat, siapa sebenarnya yang ikut acuan Barat, aku nak tanya selama ni Malaysia ikut undang-undang apa? Demokrasi (kononnya) yang Malaysia amalkan ini dari mana? Isu PPSMI? Hedonism melampau? I.S.A sendiri? Bukan acuan Barat? Jangan jadi manusia yang bersifat munafik.

Meminjam kata-kata Ustaz Nik Abduh;

"Arahan menafikan hak untuk berhimpun adalah salah dan batil. Seruan menyokong ISA oleh Pewaris dan PPIM adalah karut dan jenayah terhadap ugama, negara dan bangsa. Sesiapa yang teragak – agak dan ketakutan untuk menyertai perhimpunan ini adalah memalukan. Anda bukan kelompok pejuang. Anda bukan pejuang negara dan bukan pejuang ugama. Anda hanya duduk untuk menumpang tuah orang berjuang. Anda keanak - anakan, betina berlagak lelaki, tua berlagak muda.

Jika anda mahukan sebuah negara yang perkasa, anda mesti menjulang dan menatang kebenaran dan hak. Negara kita masih ditakuk lama. Rapuh pertahanannya, mandul kejantanannya, mudah diserang musuh, tiada perwira untuk diarah bertempur dan tiada jaguh untuk mencabar. Semuanya kerana rakyat dibina untuk menjadi penakut dan dayus. Semuanya kerana kebenaran ditindas dan ditutup. Pejuangnya dicampak ke jeriji ISA yang digunakan buat membunuh kebenaran dan pejuangnya."

Tidak hairanlah ada pemimpin yang bukan Islam sendiri yang cuba untuk mencontohi pemimpin Islam dahulu setelah langsung tidak nampak contoh baik kepimpinan Melayu-Islam yang diamalkan sekarang. Semuanya atas kejahilan pemimpin negara hari ini, sudahlah jahil malah mahu memadamkan cahaya Allah, cuba menyembunyikan kebenaran. Anda harus ingat kebenaran akan tetap terserlah dan akan terus diperjuangkan.

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya As-Saf 8

Kebenaran itu adalah ilmu yang menjadi salah satu ciri terpenting dalam kepimpinan (terutamanya kepimpinan Islam). Ia umpama cahaya yang menyuluh akal dan hati bagi maghrifah Allah (untuk mengenal Allah) dan segala tuntutanya serta pemanduannya ke arah yang benar akan membentuk peribadi pemimpin seterusnya memimpin negara atas acuan Al-Quran.

Ibnu Khaldun pernah menyebut, Kerajaan-kerajaan yang sangat berkuasa dan memiliki kuasa kedaulatan yang hebat mempunyai asal-usulnya yang berteraskan agama sama ada yang berpunca daripada kenabian ataupun seruan melakukan kebenaran. Tepuk dada tanya Iman...dan praktikkan. Wallahu’alam.

~emo sikit~


Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh

Al-Ahzab 72


No comments: