Memang tidak dinafikan dahulu sebelum dan pada era kemerdekaan negara, UMNO merupakan antara salah satu parti kebangsaan yang turut bersama memperjuangkan kemerdekaan pada waktu dahulu. Dan tidak boleh dinafikan juga peranan parti-parti lain yang ketika itu turut menyumbang kepada terbentuknya sebuah negara yang merdeka.
Ketika itu corak pemikiran politik rakyat Malaysia adalah terarah kepada pembentukan sebuah negara yang bebas dari penjajah. Oleh yang demikian faktor ketuanan terhadap negara (dalam maksud lain, boleh dikatakan perasaan sense of belonging kepada negara) sangat mendesak sehingga memaksa untuk bersatu, terutamanya kepada orang atau penduduk melayu, yang menjadi tuan tanah kepada negara. Atas dasar semangat perpaduan Melayu bagi menuntut kemerdekaan inilah wujudnya UMNO. Sebuah parti kebangsaan yang relevan pada ketika dan saat itu.
Namun, dewasa kini, ke’relevan’an UMNO semakin terhakis sedikit demi sedikit, sehingga jika dilihat pada hari ini pelbagai karenah yang dilakukan, kepada negara. (kesan akhirnya kepada rakyat). Rasanya bukan soal masalah dari parti, tetapi pengemudi parti itu yang dilihat semakin hanyut dengan dasar perjuangan mereka. Sah, buktinya di PRU12 yang menyaksikan tahap penerimaan rakyat semakin pudar terhadap parti itu. Sebabnya...??..terlalu banyak untuk aku nyatakan diruang yang terhad ini.
Walaubagaimanapun, disini disertakan juga beberapa ’sumbangan’ UMNO yang kononnya membela nasib rakyat Malaysia khususnya Melayu (zaman kini). Sumber di petik sedikit dari JasinDaily Online dan telah diolah dan ditokok tambah oleh aku berdasarkan fakta (bukan auta seperti UMNO amalkan).
1. UMNO menggadai nasib anak Felda , anak kampung dan anak Melayu dengan tunduk kepada MCA. UMNO gadai Melayu bila memperkenalkan biasiswa nasional yang tidak langsung mempertimbangkan kesusahan dan kemiskinan anak Melayu Felda dan kampung-kampung.
Selepas ini, melalui biasiswas nasional, anak-anak melayu kampung dan bumiputra Sabah Sarawak yang tidak mendapat tuition dan pendidikan sebanyak anak Cina ditengah bandar, pasti akan lebih tersisih. Demi menarik kembali kaum Cina, UMNO gadai anak Melayu.
2. UMNO menggadai Melayu Kedah demi babi. UMNO sepatutnya menyokong penuh ustaz Azizan kerana kandang babi haram di Kedah memudaratkan dan membimbangkan Melayu khususnya sempena zaman selsema babi ini. TApi, UMNO dengan baruanya mempolitikkan isu babi ini sekalipun merugikan Melayu.
Begitu juga isu babi di Melaka (negeri aku juga..) yang tidak tahu kesudahan ceritanya. Pokoknya demi menjaga ’hati’ masyarakat Cina disitu (di situ majoriti rakyat Cina-yang kuat mengundi BN). Mangsanya, melayu di kampung-kampung berdekatan.(bau dan air kotor dari kadang babi). Babi punya pasal BN dapat nama.....dan melayu jadi mangsa.
3. UMNO juga sanggup menggadai agama. Anak mualaf yang berada dibawah umur tidak boleh memasukki Islam sekalipun ingin memasukki Islam dan ibu/bapa yang Islam mendapat hak penjagaan kerana status agama anak menurut usul UMNO, MESTI MENGIKUT AGAMA IBUBAPA SEWAKTU BERKAWIN.
Ini merupakan anatara faktor masalah murtad yang semakin berleluasa dan semakin tinggi kadarnya disebabkan kelemahan sistem negara (peranan Hal Ehwal Islam, Mahkamah Syariah dan pelbagai institusi agama kerajaan yang dilihat tidak tegas dalam menangani isu besar ini-contoh kes IFC, Lina Joy, Aisyah Bukhari dll).. Pernah satu kenyataan yang paling bodoh dan jahil pernah aku dengar keluar dari salah seorang mulut menteri kerajaan mengenai masalah murtad ini..”tidak mengapa, orang yang masuk Islam pun ramai juga”.. (aku memang tidak boleh terima dengan statement ni, campak je orang ni kat tengah laut)
4. UMNO juga telah menggadai nasib Melayu Kelantan. Royalti minyak Kelantan (dahulunya Terengganu-yang ditadbir PAS) dinafikan sedangkan negeri tersebut negeri Melayu. UMNO Kelantan dan UMNO Terengganu patut malu dengan sikap hipokrit mereka (mereka tidak sedar bangsanya sendiri yang menjadi mangsa oleh tuannya). Petronas telah beri sekitar rm250 billion sejak tahun 2000 kepada kerajaan BN tetapi nasib melayu digadai ". Ketidakadilan Kerajaan pusat kepada kerajaan negeri (terutamanya negeri pakatan rakyat).
Inilah diskriminasi kerajaan 1 Malaysia, rupa-rupanya ada 2 Malaysia di negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat – kerajaan BN/UMNO dan kerajaan Pakatan. Bercelaru jadinya rakyat.
Ini baru dilihat dari ruang likup yang besar, iaitu kerajaan negeri yang diperintah UMNO/BN. Belum lagi jika di kecilkan lagi skop pada ’sumbangan’ UMNO di peringkat yang lebih kecil, kawasan dan cawangan. Masalah individu dan kumpulan2 yang juga turut menzahirkan suatu rupa hodoh kepada parti UMNO itu sendiri. Masalah Rasuah dikalangan pemimpin, salah guna kuasa dan gila kuasa, korupsi, gangsterime, bom orang (dengan C4) dan pelbagai lagi sifat buruk yang anda semua maklum. Masalahnya mereka inilah yang menjadi pemimpin masyarakat, mustahil andai kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Dan hakikatnya memang telah terbukti, kesannya kembali kepada masyarakat dan rakyat pada hari ini dan seterusnya kepada negara.
UMNO bukan untuk rakyat melayu, UMNO bukan untuk negeri melayu, dan UMNO bukan untuk negara melayu..tetapi UMNO untuk 'kuasa'..'periuk nasi'..dan 'kroni'..
It's time to change..
No comments:
Post a Comment