06 July 2009

Himpunan Mansuh ISA


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyeru seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Melaka khasnya untuk berkumpul beramai - ramai di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009 nanti untuk menyatakan protes terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) melalui perhimpunan aman.

Perhimpunan yang dikenali sebagai MANSUH ini dianjurkan sebagai kesinambungan pelbagai usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini dalam membawa kesedaran tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, membongkar kezaliman ISA dan mendesak Kerajaan untuk membebaskan tahanan, memansuhkan ISA dan menutup Kem Kamunting sehinggalah membawa kepada pembebasan ramai tahanan ISA dan janji kerajaan untuk mengkajisemula ISA.

ISA memusnahkan konsep asas undang-undang berperlembagaan. Ia mencemar asas pengasingan kuasa. Ia membenarkan kuasa eksekutif melangkaui kehakiman dengan menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA telah menghapuskan apa juga semakan undang-undang yang disyorkan perlembagaan. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental.

Himpunan MANSUH menganjurkan Himpunan besar-besaran bagi menyeru dan menggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Ogos 2009 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap ISA. Bersama memansuhkan ISA dan membebaskan bumi Malaysia daripada kezaliman! (Sumber: Dewan Pemuda Pas Bukit Katil)

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta – Kem Guantanamo Malaysia!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: salam.maaf baru balik berprogram..tak sempat nak update blog. Anyway mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk hadir bersama-sama turun 1 Ogos nanti.
Sebagai maklumat (ringkasan), Demonstrasi, himpunan, tunjuk perasaan telah pun berlaku di zaman sejarah Islam dahulu. Yakni antaranya ketika berlakunya peristiwa pembunuhan Saidina Uthman b Affan yang membawa kepada pemberontakan atau demonstrasi bagi mendapatkan kebenaran atas pembunuhan khalifah. Ia disebabkan oleh puak Yahudi yang membawa gambaran dan ideologi yang buruk terhadap pemerintahan Uthman r.a.
Ia merupaka suatu alat dan method dakwah serta jihad semata-mata untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Seorang tokoh Abdurrahman Abd Khaliq (Al-Fushul minas Siyasah Asy Syar'iyyah, halaman 31-32) mengatakan, "Termasuk method atau cara nabi s.a.w dalam berdakwah adalah dengan demonstrasi atau tunjuk rasa" . W'A

No comments: