02 July 2009

Gangster-nya UMNO

Bapak borek anak rintik..

Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah atas nikmat keselamatan dan kesihatan yang di kurniakan Tuhan Pemilik Alam. Posting kali ini aku ingin mengajak anda semua menilai dan membuat perbandingan mengenai suatu sorotan peristiwa yang aku dan sahabat2 lain alami pada hari ini 2/7/2009. Aku sertakan beberapa klip video yang direkod sendiri (dengan hp sendiri) dan beberapa keping gambar sebagai bukti.

Ia bukan suatu peristiwa yang hangat dipasaran, tidak sehangat H1N1 atau kematian Micheal Jackson. Tetapi ianya merupakan suatu saksi gambaran buruk politik dalam negeri (khususnya di Melaka).Melihat bagaimana provokasi yang mula di cetuskan oleh Pemuda UMNO kawasan tersebut. Aku tidak buyers atau memburukkn sesiapa (walaupun aku ahli PAS), kerana aku merupakan saksi yang turut hadir di tempat kejadian. Tindakan provokasi yang mula dicetuskan oleh pemuda UMNO sangat mengecewakan. Yang bagusnya, aku melihatkan tindakan tersebut menyerlahkan lagi 'kehodohan' dan keburukan perangai UMNO yang kononnya menjadi simbol perpaduan kaum (dengan slogan 1Malaysianya). Rupanya merekalah yang sendiri memecah belahkan kaum melalui sentimen kemelayuan yang menebal dalam diri. Peristiwa ini antara contoh tindakan jelik UMNO di mata masyarakat.

Al-kisahnya..beberapa hari sebelumnya, DAP kwasan telah mengambil inisiatif membantu SPR membuka kaunter pendaftaran pengundi di Taman Melaka Baru, atas rasa prihatin dan sedar tentang masalah masyarakat (khususnya di Melaka) yang masih ramai belum mendaftar sebagai pengundi. Tiada apa-apa masalah yang berlaku. Namun hari-hari selepasnya, satu berita di akhbar, di mana pihak berkuasa tempatan MBMB (kroni UMNO) telah menghalang ajk2 DAP yang bertugas ketika itu untuk terus bertindak membuka kaunter, namun disebabkan pihak SPR sendiri yang memberi kebenaran dan pihak polis yang turut membenarkan, kaunter dibuka selama 4hari, sehinggalah hari ini (iaitu hari kelima)..

Oleh kerana perasaan busuk dalam hati UMNO yang menebal, mereka telah berkumpul sewaktu ajk2 DAP yang turut bersama-sama dibantu oleh Pemuda PAS kawasan membuka kaunter pendaftaran SPR. Pendek cerita, melihatkan keadaan itu. Pemuda UMNO (agak ramai, sekitar lebih 15org) bertindak mecetuskan provokasi, mula bertindak dengan melemparkan pelbagai kata2 hina (aku pun turut kena..ces). Ia berlarutan sehingga ke malam. Selepas kami selesai solat magrib (tetapi mereka masih ada lagi disitu-tak pasti solat ke tidak), maka mereka bertindak menghampiri kami (yang berada di sekitar kaunter SPR). Dan cuba memulakan pelbagai provokasi dengan meminta kami untuk menutup kaunter SPR tersebut (maksudnya suruh balik)...dan..

Kemuncak provokasi tersebut, berlakunya tindakan memukul beberapa orang ahli DAP dan PAS yang dimulakan oleh pemuda UMNO..anda boleh lihat video dan gambar ini..(sebagai bukti)





[Atas] Ajk2 dari DAP dan PAS yang bertugas petang itu membuka kaunter pendaftaran SPR
(tiada unsur2 politik yang berlaku kerana kami diminta oleh SPR dan MBMB untuk tidak melibatkan mana2 parti politik ketika membuka kaunter pendaftaran)




[Atas] Pihak MBMB yang menjadi kroni UMNO turut menghalang.
(walaupun telah mendapat kebenaran SPR dan polis)



Provokasi sebelum tercetusnya pergaduhan



Klimaks-Pergaduhan yang dicetuskan UMNO..macam samseng



[Atas] Meja kaunter pendaftaran turut 'di belasah' oleh pemuda UMNO

Kesimpulannya, inilah beberapa rentetan politik baru Malaysia, kehodohan politik yang tergambar di mata masyarakat bukanlah disebabkan oleh sistem politik itu sendiri tetapi ia disebabkan oleh mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam politik. Politik seharusnya di urus secara profesional. Kerana politik inilah yang menjadi asas kepada pentadbiran negara.

Andainya politik cacat atau kotor dek politikus-politikus, maka haru-biru pentadbiran negara jadinya. Dan seandainya mereka faham dan tahu bagaimana sebenarnya kaedah berpolitik yang bersih (yang mana Islam sendiri telah tunjukkan), nescaya tidak berlaku perkara-perkara begini. Tepuk dada tanya iman...dan cuba praktikkan..Wallahu'alam

Semoga Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam agar negeri-negeri di perintah oleh pemimpin Islam dan dengan pemerintahan Islam. Sepertimana Allah telah memberikan kemenangan umat Islam untuk menakluk Rom dan Parsi. InsyaAllah.

"Dan (telah menjanjikan pula kemenangan-kemenangan) yang lain (atas negeri-negeri) yang kamu belum dapat menguasainya yang sungguh Allah telah menentukan-Nya. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"
Al-Fath 21

No comments: