04 April 2010

The Alladin and the 'Bapak Jin'



Untung juga ya kalau ada mana-mana kawasan yang di takdirkan berlakunya pilihanraya kecil. Pasti semua tak menang tangan, terutamnya kepada pemimpin-pemimpin. Kerap sekali mereka akan turun padang, walaupun sebelum ini, batang hidung pun tak pernah lihat. 

Masa inilah rakyat ibarat Alladin, minta apa sahaja, pasti akan tertunai...di tunaikan oleh siapa? Faham-faham sendirilah kalau siapa yang tahu kisah Alladin.

Kisah Alladin di hulu Selangor baru bermula. Ramai juga Jin-jin yang akan turun memberi hajat. Dari anak-anak hinggalah ke bapak. Maka masa inilah Jin-jin akan menunjukkan kuasanya dan ramai jugalah Alladin-alladin yang bersorak gembira. Jangan terkejut, kehadiran bapak Jin di perkampungan Alladin juga ada, mungkin tak yakin anak-anak jin mampu buat kerja.  

Mereka bukan sahaja hanya mampu menunaikan satu hajat, atau tiga hajat, tetapi banyak dan pelbagai jenis hajat, besar-besar pula tu hajat yang di tunaikan tu. Tapi kadangkala kesemua hajat yang di tunaikan itu lebih kurang samanya juga seperti mee segera. 5 minit siap. 

Maka ada juga Alladin yang turut bergembira,..... kecuali Alladin yang 'Beriman', yang mengatakan 'syirik' kalau minta tolong pada Jin..W'A


___sedang menunjukkan kebolehan menunaikan janji

No comments: