06 April 2010

Lawak tak kering gusi lagi oleh BN




KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula peranan Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel) sebagai pemantau bebas pilihan raya.

Noh berkata, Mafrel kini dilihat sebagai alat kepada parti pembangkang kerana didakwa tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya seterusnya tidak layak dilihat sebagai sebuah badan yang benar-benar bebas menjalankan peranannya. (baca selebihnya)


Komentar: 

Sah., memang BN suka buat lawak tak kering gusi. Nampak sangat ketakutan BN kepada mana-mana badan bebas yang telus. Kerana badan-badan bebas ini akan membuatkan BN tak senang duduk. Kali ini Mafrel pula yang di serangnya. Sebabnya Mafrel sebelum ini telah membidas dan meminta SPR membuat tindakan ke atas BN yang telah berkempen sebelum tempoh berkempen.

Kalau BN kata Mafrel itu alat pembangkang, saya katakan SPR itu bukan sahaja alat BN, tapi juga antara kroni BN.

Persoalannya, BN bukan sahaja berkempen, tetapi juga mengugut dalam kempennya kepada masyarakat di Hulu Selangor. Najib sendiri telah menggunakan pentas Felda bagi mengugut para peneroka ketika melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Sabtu lepas. Najib juga mengingatkan para peneroka di Hulu Selangor bahawa BN hanya akan memberikan bantuan dan memacu kepada perubahan jika mereka memberikan kemenangan besar kepada BN dalam PRK Hulu Selangor nanti.

Begitu juga Rosmah Najib, janji beerbau ugutan juga di beri kepada masyarakat di situ dengan menjanjikan Pusat Permata andai rakyat di situ mengundi BN. Najib telah memberi peringatan serius kepada warga Felda di Hulu Selangor bahawa 25 haribulan (hari pengundian) mereka kena undi BN. Hanya dengan memberikan bantuan dan kepercayaan kepada BN barulah Yayasan Kelana Ehsan akan diarahkan untuk membantu mereka. Ini jelas, gula-gula politik Najib.

Jelas, pemimpin BN telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) aperkara 10 yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung.

Rakyat Hulu Selangor harus beringat dan tidak terpedaya andai BN menang sekalipun, mereka hanya mampu memberikan janji kosong kerana kerajaan negeri masih di perintah oleh Pakatan.

Wallahualam.

p/s: Mafrel suruh SPR kenakan tindakan pada BN, BN suruh SPR kenakan tindakan pada Mafrel..pening..pening..



3 comments:

Hafizhilmi said...

eh, bukan ke SPR tu sayap baru UMNO? huhu.

LegendZ said...

sayap belakang..

emi said...

ekor...