Sudah memang terbukti tindakan Kerajaan Pusat (BN) telah melanggar peraturan dengan berkempen sebelum tempoh berkempen. Badan Pemantau Pilihanraya (Mafrel) sendiri telah membidas tindakan BN yang tidak menghormati proses pilihan raya dan meminta SPR mengenakan tindakan tegas terhadap BN. (sumber)
Tindakan BN yang berkempen itu adalah tindakan orang Penakut. Inilah puak yang tidak berani berdepan dengan rakyat. Sanggup melanggar peraturan, sedangkan mulut mereka masih berbuih-buih bercakap kononya merekalah yang berhati kudus mematuhi peraturan.
Rakyat boleh nilai bagaimana tidak telusnya SPR dalam membuat kerja hinggakan ada pihak lain yang membidas tindakan BN tersebut. Sebenarnya apa yang SPR laungkan tentang kononnya mereka akan mengenakan tindakan keras kepada mana-mana parti politik yang berkempen sebelum tempojh berkempen itu hanyalah lakonan semata-mata bagi menutup mata rakyat untuk melihat kononya SPR telah membuat kerja.
Tetapi sebenarnya SPR sendiri membuka aib apabila BN sendiri yang melanggar peraturan pilihan raya. Tetapi SPR diam, mungkin tak berani bertindak terhadap 'tuan' nya itu sedangkan mengikut akta Piliha Raya 1954 Perkara 10 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung.
Kalau SPR sendiri buta dengan pelembagaan pilihan raya, inikan pula pemimpin BN yang bukan saja buta, tapi pekak, pulak tu suka buat lawak. Menafikan mereka bukan berkempen. Agak-agaknya istilah kempen buat pemimpin BN ni adalah dengan menampal poster kot, atau mengibarkan bendera sahaja..?
BN sebenarnya merasakan diri mereka Hebat, Bongkak dan Takabur. Mereka boleh buat apa sahaja sebab mereka kerajaan Pusat. Siapa berani buat tindakan, SPR? PBT?. Tapi BN tak sedar ada kuasa yang Maha Hebat. Dia-lah yang akan menghukum BN dalam pilihan raya nanti dengan kuasa dari tangan rakyat yang memangkah.
p/s: jadi sesat ikut BN ni...
No comments:
Post a Comment