25 April 2010

Bukti Najib juga berpolitik dalam Masjid?



Yang ini bukan berpolitik dalam masjid? Siap bersumpah lagi..

Tak faham dengan perangai pemimpin UMNO-APCO yang jahil ni. Sebenarnya merekalah yang mengasing-asing agama dari politik. Fahaman mereka yang ambil agama Suku-suku. Agama dilihat dalam masjid, solat, puasa, haji dan ibadah khususiyah sahaja. Politik?..itu bukan agama dalam fahaman UMNO-UPCO ni. Sebab itu cara politik mereka tak ubah macam politik Barat (mungkin lebih teruk lagi). Menindas rakyat, pembaziran, penyelewengan harta negara, perkauman sempit dan racist. Akhlak pemimpin mereka tak perlulah nak cakap..minum arak, jadi tokey judi. Isteri-isteri mereka yang tak tutup aurat..kalau tutup pun, suku-suku juga. Jambul terkeluar, peluk orang sana-sini.

Maka apakah ini pemimpin yang kita mahu?

Jabatan agama (JAIS) baru-baru ini yang keluar kenyataan melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik pun sama sahaja. Sebab tu sebelum ini teks-teks khutbah di sediakan dan di buat oleh Jabatan agama untuk mengelakkan skrip teks tu tak menyentuh politik. Padahal tindakan inilah yang sebenarnya menunjukkan agama itu sendiri di politikkan. Siapa yang bagi arahan untuk garis panduan teks khutbah tu supaya tak cerita politik? sudah tentu orang-orang atasan yang terdiri dari menteri-menteri..

Mungkin benar ianya dilihat mencampurkan politik dalam masjid apabila di sebut-sebut nama-nama parti politik..tetapi jangan mengecilkan skop politik dengan hal-hal parti-parti, pilihanraya semata-mata sedangkan skop politik itu luas. Apakah salah apabila imam menegur pemimpin yang rasuah, korup dan zalim, atau menjadi kesalahan apabila iman berkata tentang hukum Hudud yang wajib dilaksanakan? atau paling 'koman' pun menegur berlaku amanah dan adil..itu pun kena 'gam', tak pun kena tegur pengerusi masjid.

Kenyataan JAIS seolah-oleh mengharamkan terus politik dalam masjid. Inilah bahana apabila pemimpin jahil agama mentadbir negara..rujukan mereka Barat, Israel, Amerika...bukan Al-Quran, bukan Sirah Nabi.. 

Malang sungguh negara apabila mendapat pemimpin-pemimpin sebegini..Wallahu'alam

Bukti Puteri UMNO yang menunggang-langgangkan ayat Al-Quran (click sini)..


3 comments:

Raja Ban Jir Bin Tengku Juh said...

hahaha.. UMNO ni dpn kamera je mgaku Tuhan tpi belakang... dia guna masjid tuk politik x pe tp kalo org len x bleh.. bangang

Anonymous said...

bagusla mcm nih..
asal wat hal sumpah sana sumpah sini
kalau macam nih, mungkin gaji polis, hakim sume boleh kasi turun lah, jimat sikit duit nk bg rasuah..hess~

*wat main sumpah dgn nama Allah..
tgk la balasannya..

yg dok memangkah undi msh lg tak sodar2.. saban waktu ditipu dan megizinkan diri ditipu...

blh la tipu manusia, Allah? jgn haraplah....malu la dpt pm mcm nih..
skndl, rasuah, sumpah main2...ptt inilah yg dilemparkan dlm ISA....OHH~
emo pulak...
sekadar fikir si fakir hina~

NORAZLI BIN AZIZ said...

Yang tidak dibenarkan dalam masjid adalah berparti. Apatahlagi PR terang-terang gunakan masjid tempat memfitnah dan mengata sesatnya orang-orang UMNO. Bahkan menghasut jemaah masjid supaya melahirkan rasa kebencian kepada individu dalam UMNO.Bahkan ada ulama PAS yang tersasul membuka aib orang lain dalam masjid.......Berpolitik dalam masjid wajar....tapi berparti dalam masjid dengan niat nak menambah undi jauh-jauhkanlah....