Malam semalam, saya telah menjadi 'SB' (Special Branch, bukan Siput Babi, Selsema Babi mahupun Saiful Bukhari) bagi meninjau-ninjau satu ceramah UMNO di Pulau Gadong, Melaka. Antara yang menjadi penceramah, yang saya kenal, Pemimpin PerkOsa, Ibrahim Ali, Fairuz Khairuddin (Bekas TKM1 P.Pinang yang dah masuk UMNO) dan beberapa orang lagi pimpinan UMNO yang saya tak kenal.
Maka banyaklah cerita-cerita mengarut, terutamanya dari Bapak Katak. Saya sebenarnya mencari-cari juga point yang keluar dari mulut Ibrahim Ali, apakah ada isu yang boleh di sampaikan berkaitan Anwar Ibrahim dan tuduhannya tentang APCO, 1 Malaysia itu. Tetapi nampaknya Iberahi..ops..Ibrahim Ali ini lebih berminat bercerita tentang TG Nik Aziz. Maka pelbagai ceritalah tentang peribadi Nik Aziz sehingga menjadikan mulutnya berbuih-buih bercakap di hadapan penyokong UMNO-BN yang boleh dikira dengan jari itu.
Apa yang dapat di simpulkan, bahawasanya Berahim Ali itu sebenarnya masih bercita-cita besar dan bernafsu besar untuk memerintah Kelantan, apakan tidak, antara ucapan yang beliau sampaikan malam tadi, "saya tidak akan datang ke negeri Melaka sehinggalah saya menjadi menteri Besar Kelantan"..Ujarnya dengan wajah yang berseri-seri berserta perkembangan lubang hidung beliau yang begitu sempurna sekali.
--------------------
Apa yang kita boleh simpulkan, Najib pada hari ini bukan sahaja bersusah payah untuk mengembalikan imejnya yang dah tercemar dek pelbagai skandal peribadi yang berlaku pada dirinya malah beliau juga sendiri di lihat berseorangan mengembalikan maruah gagasan 1 Malaysianya yang tercemar dek pembangkang yang mengaitkannya dengan Israel a.k.a Yahudi.
PM Najib kata 1 Malaysia di fitnah kerana pembangkang sedar kebaikan yang ada padanya.(click)
Kalau begitu tu, Anwar Ibrahim juga di fitnah kerana BN-UMNO sedar kebaikan ada padanya. Setuju?..confirm Tak..
Wallahualam
p/s: 1 Malaysia lebih banyak di Hulu Selangor sekarang...
No comments:
Post a Comment