04 April 2010

H1N1 : Kementrian Kesihatan kata..Rileks don't panic


Rakyat Malaysia di nasihatkan supaya berhati-hati dengan gelombang semula H1N1. Terbaru 2 rakyat Melaka telah meninggal dunia di sebabkan virus ini. (sumber).


Kementrian Kesihatan sekali lagi memaklumkan bahawa rakyat tidak perlu gusar kerana gelombang baru H1N1 masih tidak kritikal, dan kementrian Kesihatan sendiri akan memaklumkan jika ada gelombang kedua. 


Saya sebagai rakyat melaka, merasakan Melaka masih tidak selamat dari jangkitan virus H1N1 ini. Jika di lihat gelombang pertama yang lalu, Melaka merupakan antara negeri yang tertinggi kadar kematian akibat dari jangkitan virus ini. Kini, gelombang kedua, setakat ini telah merekodkan 2 kematian (itu yang didedahkan). Dan saya percaya data yang sebenarnya mengenai kes jangkitan virus H1N1 masih tidak lagi di dedahkan oleh kementrian kesihatan dan kerajaan amnya.

Justeru marilah sama-sama kita tunggu dengan tabah dan sabar pengumuman kementrian tentang virus ini dari semasa ke semasa..

p/s: jangan lupa berkira-kira jumlahnya...setakat ini BARU 2 orang..

No comments: