23 April 2010

Saya suka makan ayam, bermakna saya pun suka 1 Malaysia?


Gagasan 1Malaysia lebih popular daripada jenama seperti minuman sukan kegemaran atau makanan kesukaan ayam segera... tak boleh lawan lencana dan logo 1Malaysia sebab ada orang suka makan ayam, ada yang tak suka tapi 1Malaysia semua orang suka,” - Najib (baca)

Sebab itulah gagasan 1 Malaysia itu 'nothing'..kosong, tak ada apa-apa. Sebab 1 Malaysia hanyalah jenama..bukan intipati atau substantif yang sepatutnya di ambil berat..

1 Malaysia tak lebih dari satu slogan semata-mata, tak ada erti, tidak mencerminkan kepada perlaksanaan 1 Malaysia itu sendiri. Tak hairanlah kenapa rakyat masih ramai di tindas, orang asli yang di rampas tanah, rakyat di Sabah dan Johor, kata 1 Malaysia, juara rakyat, rakyat di dahulukan dan entah apa-apa lagi slogan.

Bila cerita tentang 1 Malaysia, bukan main hebat. Asal ada perkataan Malaysia je, mesti ada no 1 depan dia, Amanah saham 1 Malaysia, Formula 1 Malaysia, dan macam-macam lagi jenama..Malah nak ambil gambar pun kena tunjuk jari telunjuk, tunjuk satu, Salam pun dah tak ada doa, salam 1 Malaysia..tak tau lah nak jawab apa lepas tu..

Sepatutnya Najib kena terangkan intipati 1 Malaysia tu, bukan bangga dengan jenama, sampai kata jenama 1 Malaysia lebih popular dari jenama KFC, Milo dan macam-macam lagi. Kelakar betul, nampak sangat Najib nak berbangga-bangga dengan 1 Malaysianya yang kosong tu..Agak-agaknya mungkin beliau hendak menutup mata masyarakat, sebab dah ter'kantoi' 1 Malaysia itu sama dengan 1 Israel, tambah dengan APCO lagi. Maka beliau berusaha nak tutup lubang 'kantoi' nya itu dengan membandingkan dengan jenama KFC, Milo dan sbgnya..

Agak-agaknya kalau tanya orang Afrika yang ada dalam Malaysia ni, dia tahu tak agak-agaknya 1 Malaysia tu?..mungkin tahu, tapi kalau tanya dia, apa yang dia tahu tentang 1 Malaysia tu, agak-agaknya dia nak jawab apa? Tak perlu orang Afrika, tanya apek jual ikan kat pasar borong tu pun belum tentu dia tahu intipati 1 Malaysia tu melainkan perkataan 1 Malaysia itu sahaja..Tapi kalau tanya Orang Asli, mereka mungkin tahu jawab, kalau tak, mereka tak berdemo kat Putrajaya meminta hak mereka yang di cabuli.

Dalam kenyataannya yang lain, beliau berkata rakyat HS harus menolak calon PKR, Dato' Zaid sebab beliau merupakan barang 'reject'. Kerana Dato' Zaid sebelum ini telah keluar dari UMNO.

Agak-agaknya, semua ahli atau bekas-bekas pimpinan BN/UMNO yang keluar dari parti itu, semuanya adalah barang 'reject'. Maknanya, yang setia dan masih ada dalam UMNO itulah sebenarnya barang yang 'ori' dan baik. Kalau macam tu, Tun Mahathir juga barang 'reject' sebab sebelum ini beliau juga pernah keluar UMNO (sumber), malah Tun Hussein Onn dulu pun pernah keluar sekejap ikut bapanya meninggalkan UMNO pada tahun 1951, so kiranya Tun barang 'reject' sekejap.(sumber)...?

Apa-apa je lah..apa yang penting gagasan 1 Malaysia lebih popular dari jenama ayam..sebab orang tak semua suka ayam..adoi aii..pemimpin aku ni..

p/s: saya suka makan ayam, bermakna saya suka 1 Malaysia..???..






No comments: