09 April 2010

Keselamatan negara milik ekslusif poliskah?


'Good strike'..!!

Jangan Politikkan Isu Keselamatan Negara, kata Musa

Isu keselamatan negara merupakan isu sensitif yang tidak boleh dipolitikkan oleh ahli politik (baca selebihnya)

Komentar:

Nampaknya ahli politik hanya boleh cerita pasal isu bumbung runtuh, stadium runtuh, jalan berlubang, paip pecah, jambatan bengkok, sungai kotor dan lain-lain.

Mengapa perlu di rahsiakan sehingga ahli politik tidak boleh mempersoalkan isu keselamatan negara? Sudah memang menjadi peranan ahli politik, bila isu ini di bangkitkan oleh orang politik, sudah tentu ianya akan menjadi isu politik, sebab ahli politik itu adalah wakil rakyat. Segala hal-hal yang berlaku dalam negara perlu diketahui rakyat melalui ahli politik. Isu keselamatan yang di ceritakan bukanlah sampai mendedahkan bagaimana strategi ketenteraan negara atau keselamatan negara. Iannya sekadar ingin tahu apa yang pihak keselamatan seperti polis dah buat. Atau apakah agen perisik Israel yang dikatakan ada di dalam PDRM itu merupakan antara strategy keselamatan negara?   

Andai isu yang di bangkitkan oleh Anwar Ibrahim itu benar, maka buatlah dakwaan dan siasat, apa susah. Kalau betul-betul tiada perisik Israel dalam PDRM, baguslah. Persoalannya mengapa pula ahli politik seolah-olah langsung tidak boleh campur tangan hal-hal keselamatan dalam negara? Ia milik ekslusif polis kah? atau mungkin milik ekslusif 'sesetengah' pemimpin negarakah?

Itu bukan soal ahli politik sahaja, tapi soal rakyat, rakyat perlu tahu. Kalau betul-betul berlaku, kerajaan harus buat sesuatu, kalau tak betul buat tindakan. Kan senang..

Buat apa nak takut, sebenarnya kenyataan Musa tu sendiri seolah-olah nampak ada sesuatu yang di sembunyikan..Wallahualam


p/s: ada seorang tukang masak di sebuah restoren kata, jangan persoalkan masakannya, diam-diam sahaja, ia secret..hahaha

 

2 comments:

MJ (madam j) said...

apa pembangkang kata mesti salah..
klu kerajaan sebut mesti betol..
nasib badan..:)

LegendZ said...

prejudis..haha