05 April 2010

Lawak Najib yang nampak macam Real



PM Najib sekali lagi cuba melakukan aksi lawak yang begitu real dengan mengatakan PRK bukanlah ukuran sebenar, tetapi PRU yang menjadi kayu ukur sebenar sesuatu parti politik di terima rakyat atau tidak.(sumber)

Najib berkata, sementara Barisan Nasional (BN) mahu memenangi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor, ukuran sebenarnya adalah pilihan raya umum.

Itu semuanya tidak lain hanya sekadar statement dari orang yang masih lagi rasa mereka di syurga. Tidak berpijak di bumi nyata. 

Bagi saya sifirnya mudah, BN masih tidak bersedia berdepan dengan rakyat dan masih bermimpi-mimpi untuk menang. Kalau benar BN merasakan mereka masih kuat hingga tiada siapa yang dapat melawannya, kenapa tidak di bubarkan sahaja Dun Perak. Kenapa tidak sendiri mengesahkan status kerusi Kota Siputeh yang sepatutnya kosong di sebabkan wakil rakyatnya yang malas. Kenapa masih ada percaturan dan alasan di Titi Tinggi. Yang peliknya SPR sendiri menjadi 'lembu tunggangan' UMNO-BN.

Usahkan fikir PRU, dalam PRK sendiri pun BN masih melopong untuk mendapat kemenangan. (boleh kira PRK yang lepas, berapa banyak di menangi BN) Kalau nak cakap semua orang boleh cakap. Tapi rakyat ada mata, bukan tunggul kayu macam pemimpin BN yang bercakap tak serupa bikin. Kalau nak cakap cuba bagi fakta, bukan bagi air liur.

Berita lain...

SPR telah memberi amaran agar mana-mana parti politik tidak berkempen sebelum tarikh sebenar di benarkan untuk berkempen. (sumber)

Alahai, awatlah SPR tak nampak dah berapa ramai pemimpin BN dok seronok berkempen..

Najib dah bawak Bulldozer dah pun pecah tanah du Hulu Selangor (sumber)

Rosmah pula nak buat Pusat Permata (sumber)

Muhyidin pula dah janji nak bagi Empat Buah Sekolah Baru (sumber)

Kalau BN betul-betul kuat tak payah la dok berkempen, kalau nak berkempen pun tunggu la masanya.

*Kempen BN betul-betul dalam kawasan PRU.

Pemimpin BN menafikan mereka berkempen, mereka berkata ia sudah menjadi tanggungjawab pemimpin kepada rakyat. 

Ini betul-betul lawak yang mendebarkan. Agak-agaknya Hulu Selangor tu baru wujud kot, sebelum ini orang pun tak tahu ada ke tak Hulu Selangor ni.

Apa-apalah..



1 comment:

Raja Ban Jir Bin Tengku Juh said...

Sekali tengok mcm tikus...
dua kali tengok macam syaitan bertanduk...
tiga kali tengok sah macam babi...

renungkan