01 April 2010

Dalam Rokok ada Sel Darah Babi


KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.


Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.


Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.


Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.


Komentar: 


Apa pula reaksi mereka yang merokok kali ini..kadang-kadang bila orang kata rokok tu haram, macam-macam alasan di berikan buat perokok, tapi bila kata Babi itu haram, masing-masing diam..sutuju. Mungkin mereka baca dalam Al-Quran ada di katakan Babi itu haram apabila memakannya. Tetapi lain pula kisahnya dengan rokok..nah, kali ini sel babi dalam rokok...nak bagi alasan apa?.. 

No comments: