02 April 2010

Video Hukuman Rejam di Mogadishu (sesuai untuk tatapan Umum)






Bagaimana? seram bukan..?

Sebelum kita mengkritik dan memberi pandangan haruslah kita melapik perdebatan kita dengan ilmu. Kerana kata-kata tanpa ilmu diibaratkan membelah kayu api diatas kaki sendiri. Menurut Imam Syafie, setiap pandangan itu mesti berdasarkan atas ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan itu datangnya dari Tuhan yang menciptakan. Oleh itu mari kita hayati apakah sebab musabab lahirnya Hukum Hudud ini, bila harus dipraktikkan, untuk siapa, serta apakah platform yang perlu ada sebelum Hukum Hudud diimplementasikan.




Saya mengajak pembaca-pembaca berfikir beberapa persoalan sebelum kita membuat kesimpulan berkenaan hukuman Hudud ini..

1) Mengapa harus kita takut pada hukuman yang ditetapkan agama jika diri tidak mempunyai hajat atau niat melakukan kesalahan?

2) Mengapa harus kita takut pada hukuman yang dijalankan didunia? Apakah kepercayaan kita kepada hari akhirat dengan azab yang lebih menyeksakan itu tidak cukup untuk membina landasan taqwa(takut) pada Allah?

3) Mengapa tidak kita menyeru sebenar-benarnya kepada perlaksanaan cara hidup Islam yang sebenar dengan harapan kita bukanlah hanya melihat sebuah Negara Islam yang dikenali dari segi material semata-mata agar kita dapat menarik lebih ramai manusia melihat betapa indah dan syumulnya agama suci Allah ini dimana setiap kalimah Quran membuktikan keesaan dan kebesaranNya dan bukan menakut-nakutkan mereka dengan keadilan yang disalah interpretasikan.

Hudud adalah Pencegahan dari Allah (Naakalaan Minallah)..bagi memelihara agama, nyawa, akal, maruah, kturunan dan harta..

"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" Al-Maidah 38

Sepatutnya jika kita benar-benar fahami ayat ini, pasti tiada persoalan atau kemusykilan tentangnya..

Wallahualam.

p/s: dulu bila cakap pasal hudud di Malaysia orang kata ia hudud PAS..sekarang hudud tu buat kat Mogadishu..nak kata hudud apa pulak?...(kat mana negara Mogadishu nih..??)

“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?”

No comments: